Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Cinta Sang Pencinta IV


Aku baru pulang dari melawat mereka di hospital. Tiada kata yang dapat aku lafazkan. Sedih aku melihat situasi mereka. Muka dan tangan anak saudaraku berjahit. Jelas dia masih lagi trauma dan menghabiskan masa dengan tidur di katil wad di sisi ibu tercinta. Bapaku pula cuba sedarkan diri dan melayan karenah pelawat-pelawat yang tak pernah henti. Dadanya ditebuk dan dimasukkan tiub untuk suntikan ubat pelali. Sisi kiri abdomennya ditebuk untuk mengeluarkan darah yang terperangkap di luar paru-paru. Ibuku sentiasa setia di sisinya. Dia memang seorang ibu yang sangat tabah, berbeza dengan sikapnya ketika muda dahulu.
Aku terus baring ke katil kakakku. Jelas bilik ini masih lagi kelihatan seperti bilik pengantin. Aku mengeluarkan telefon bimbitku untuk berbalas mesej dengannya.
“Awak dah lupakan saya?”
“Mana boleh lupa bf yang saya sayang.” Aku terdiam.
“Alah tipu. Awak, kita belum lagi berjumpa. Saya tak nak hubungan ini kekal untuk sebulan dua sahaja. Saya mahu ia kekal buat selamanya.”
“Betul. Saya selalu ingat kat awak.” Aku malas untuk melayan perasaanku. Tapi aku memang perlukan seseorang lebih-lebih lagi tatkala aku dalam situasi ini. Aku tertidur keletihan.
Hari ini masuk hari ketiga aku menjaga bapaku. Aku bertukar-tukar masa menjaga dengan ibu. Keluarga along baru sahaja sampai semalam. Bapaku masih lagi ditempatkan di wad ortopedik lelaki. Tak banyak yang doktor boleh membantunya, hanya untuk mengeluarkan darah yang tersekat di luar paru-paru sahaja. Masanya banyak dihabiskan dalam lenanya. Dos morfin disuntik setiap enam jam. Sakit aku melihatnya. Hariku ditabahkan dengan mesej-mesej darinya. Aku kerap menghubunginya kerana aku kesunyian dan tiada tempat mengadu.
“Hello, awak buat apa?”
“Hai. Kat kedai kawan ni. Jap eh.” Aku menunggu. “Ok, ada apa?”
“Saje je call. Ayah I tengah tidur. Kakak tak keluar ICU lagi. My niece tak sedar lagi kat wad kanak-kanak.”
“Oh, jaga diri. Kuatkan semangat.”
“Awak tak nak datang sini?”
“Awak datang la sini, Kuala Terengganu,” sambungnya.
“Betul?”
“Terpulanglah.”
“Ok. Awak jangan main-mainkan perasaan saya k.”
“Tak. Awaklah satu-satunya dalam hati saya. Mana ada yang lain. Kan awak yang cakap kita bercinta bukan untuk sebulan dua.” Sejuk hati aku mendengarnya.
“Mak, Mirul nak balik esok. Kak Dila pun dah stabil sedikit. Kesian store tak ada orang. Lagi dua tiga hari adik baliklah semula. Adik balik KL dengan Akak Aida,” helahku sedangkan aku sedang bercuti tanpa gaji.
“Adik nak balik?” Tanya Kak Aida. Aku hanya mengangguk. Esok aku akan pulang ke Kuala Lumpur bersamanya. Abang pun balik ke Shah Alam untuk bekerja.
“Sini sekejap dik,” panggil along.
“Janganlah balik, kesian kat mak, ayah. Kalau ni kali terakhir adik tengok Kak Dila, ayah macam mana?” Hatiku tetap berdegil untuk berjumpanya. Tak tahulah mengapa. Mungkin aku ingin mengadu segalanya sepuas hatiku kepadanya. Maklumlah, kakak yang paling rapat dan tahu akan diriku sedang separa koma. Sukar untuk aku menerimanya. Akhirnya, aku bersetuju untuk tinggal dan menjaga mereka.

*****************************************

“Adik, Dila. Kakak ni. Kak Aida. Tabahkan hati, kuatkan semangat, adik mesti hidup. Akak nak balik Kuala Lumpur ni dengan Ajim. Akak dah cuti 3 hari dah. Kene kerja. Nanti weekend akak datang lagi ya.” Aku dengar, aku cuba menolak-nolak saluran pernafasan yang mencucuk kerongkongku dengan lidah. Tekak aku sudah penuh dengan kahak. Aku ingin bercakap dengannya. Jururawat datang untuk membetulkan saluran tersebut. Aku kemam mulutku agar dia tak dapat memasukkan saluran tersebut.
“Bukak la dik,” pinta kakakku. Aku buka. Jururawat tersebut terus memasukkan saluran tersebut dan aku muntah kahak. Kakak aku terdiam, tergamam dan menangis. Siksa. Perit. Setelah semua kekotoran dibersihkan, aku tertidur semula.
“Maafkan akak ya dik, akak tak sengaja.” Aku terjaga dan hanya mendengar lesu dan terus terlena.
“Adila, along ni. Kuatkan semangat ya dik.” Aku cuba membuka mata.
“Along dan keluarga doakan yang terbaik untuk Dila. Meesha dan Ayah selamat, jangan risau. Semua ada kat sini, along abang long, azrul, angah, Amee jaga Meesha, mak jaga ayah. Adik pun ada. Aida and Ajim nak balik Kuala Lumpur esok. Dila jangan takut k.. Semua ada kat sini. Semua temankan Dila.” Along ajak bercerita, cuba menemani aku.
“Ok lah nanti kita jumpa lagi,” sambungnya lagi. Along dah nak pergi? Temankanlah Dila. Airmata aku mengalir dan aku terus khayal.
“Nak, kuatkan semangat.” Suara mak… Mak… Dila minta maaf mak…
“Ingat Allah. Mak selalu mendoakan yang terbaik untuk engkau nak.” Mak diam kemudian aku dengar mak menangis walaupun dia cuba menahannya. Aku mahu hidup. Berilah aku pelunag Ya Allah… Aku nak bercakap. Kenapa semua orang tak tolong aku? Tolonglah… Aku kena kuat semangat! Tolong… Aku leka dan terlena kembali.
“Sayang, abang ni. Abang selalu ada kat sini. Jaga sayang. Jangan ingat yang bukan-bukan. Abang dah maafkan segala dosa sayang.” Suamiku! Aku cuba buka mata. Aku cuba senyum. Fikiran aku kusut. Aku cuba bangun, perutku sakit akibat pembedahan.
“Dah sayang, rehat. Doktor suruh rehat. Nanti cepat baik.”
“Abang,” aku cuba bersuara. Dia dengar!
“Peluk Dila.” Dia terus naik ke katil dan memelukku. Aku mahu menangis seadanya.
“Abang sayang awak. Awak kena kuatkan semangat ya. Jangan nangis, tabahkan hati. Nanti awak cepat keluar dari sini.”
“Nurse, nanti kalau saya mati nurse kahwin la dengan suami saya. Dia baik orangnya.”
“Ish, awak hiduplah,” balas jururawat tersebut.
“Abang temankan Dila ya.” Suamiku cuba menahan sebak melihatku separa sedar. Aku tidur kembali dalam pelukannya.
“Ha, kenal tak tu siapa?” Tanya jururawat. Aku gelengkan kepala cuba untuk bergurau dengan adik bongsuku.
“Akak, adik ni.” Aku cuba mengitai-ngitai pengesan nadi yang disepit di ibu jari kakiku. Minta adikku mencabutkannya.
“Dila, mana boleh cabut,” sampuk jururawat itu lagi.
“Akak kuatkan semangat tau. Adik ada je kat sini. Tak jadi balik KL. Ok lah adik nak keluar jap.” Aku mengangguk.


~ to be continued

Cinta Sang Pencinta II

“Ayah, jom makan roti canai kat kedai mamak tu, laparlah,” ajak kakakku.

Ayah hanya bersetuju. Sedetik kemudan, dia bersedia untuk menyeberangi jalan yang bertali arus dengan kenderaan itu. Ini merupakan kali pertama ayah memandu kereta gear automatik. Mungkin belum mahir lagi dengan pecutan dan kawalan minyak. Kawasan tersebut merupakan taman perumahan yang baru terletak di selekoh tidak jauh dari tempat kerjanya. Jalan yang telah dilebarkan menjadi dua lorong menyukarkan lagi proses untuk menyeberanginya. Jalan agak kosong dan kereta yang sedang bergerak itu agak perlahan. Namun begitu, sebenarnya terdapat sebuah lagi kereta merah yang sedang memecut laju. Cuma ia terlindung di sebalik kereta tersebut memandangkan jalanraya ini di kawasan berselekoh.


*************************************************

You jaga diri ya, abang pergi tak lama. Friendly match ni habis abang baliklah.”

“Ok, sayang abang.” Berat hati seorang suami untuk meinggalkan isterinya yang tercinta. Maklumlah, baru sembilan bulan berumah tangga. Walaupun banyak cabaran dan rintangan yang melanda, dia tetap anggap yang semua itu adalah ketentuanNya. Banyak yang telah dia berubah sejak dia dipindahkan ke tempat kerja yang sama dengannya. Kemudian, dia perhatikan gerak-geri isterinya dari jauh meninggalkan dirinya di jendela bas. Keadaan seperti biasa, riuh-rendah. Berjumpa kawan-kawan sekerja memang menyeronokkan. Masing-masing suka menyakat orang lain.

“Hati-hati ya. Ada accident kat selekoh tu. Baru saja berlanggar,” kata pengawal keselamatan kepada pemandu bas.

“Ah, mungkin bukan isteriku,” detik sang suami.

“Hatta, ada call untuk kau.”


**********************************************

“Streeeeeettt… Dummm…” Satu dentuman yang maha kuat kedengaran di seluruh pelusok kampung. Terdapat sebuah kereta Proton Wira automatik sedan dan Honda Ferio yang berlanggar di jalan utama. Tempat duduk belakang kereta Wira tersebut menjadi satu tempat duduk akibat remuk dilanggar. Tempat duduk sisi pemandu ternaik di atas brek tangan. Pemandu tersepit di tempat duduk pemandu. Manakala penumpangnya pula tercampak keluar bersama anak kecil yang tercengang di atas jalanraya.

“Dila!!!” Jerit ayah.

“Dila!!! Dila!!! Dila!!!” Jeritnya bila anaknya hanya mendiamkan diri.

“Uhuk, uhuk. Sakit yah… Sakit…” Lega sedikit hati ayah mendapati anaknya masih hidup. Kelihatan cucunya hanya terduduk tercengang di suatu ruang tidak jauh dari makciknya. Hanya luka-luka ringan di muka dan tangan. Orang ramai mula mengerumuni tempat kejadian. Kejadian jadi hingar-bingar. Lalu lintas mulai perlahan.


*******************************************

“Sakitlah bodoh!!” Jerit seorang isteri yang menderita kesakitan kerana tercampak keluar ketika keceleakaan jalanraya. Perutnya dibungkus seketatnya bagi mengelak pertumpahan darah yang banyak.

“Nak, mengucap nak!!!” Sapa sang bapa menahan kesedihan memerhati anaknya yang menggelupur kesakitan.

“Sakit ayah…,” raihnya meminta simpati. Anak saudara hanya diam. Bingung dengan apa yang terjadi di satu sudut ambulans. Dua ambulans dikerjarkan ke wad kecemasan Hospital Besar Batu Pahat. Setibanya di sana, doktor mengesahkan yang si anak perlu di masukkan ke Unit Rawatan Rapi. Pembedahan perlu dilakukan bagi mengeluarkan organ dalaman yang hancur. Limpanya pecah, sebahagian hati juga pecah dan diafragma membengkak. Bapa mengalami pendarahan di luar paru-paru dan colar bone patah manakala si cucu dimasukkan ke wad kanak-kanak atas kecederaan luar yang ringan.

Cinta Sang Pencinta III

I don’t know how this can happened,” jelas bapa, seorang pesara guru Bahasa Inggeris yang dikenali ramai. Dia seperti sedar dan tidak apa yang dikatakannya. Mataku terpejam. Aku nampak anak saudaraku, Meesha memerhatikan aku. Aku nampak aku disorong ke Unit Rawatan Rapi. Aku dengar apa yang berlaku. Aku nampak dia. Besar dosa aku pada suami aku. Aku rasa aku dibogelkan. Sejuk bilik ini. Aku dengar bunyi mesin pernafasan. Dijolok tekakku seadanya dengan alat bantuan pernafasan. Ibu jariku disepit. Aku dengar keadaan huru-hara di dalam bilik sejuk ini. Pergelangan tanganku dicucuk-cucuk. Sakit. Siapa kata tak sakit? Dadaku ditampal-tampal. Kedengaran bunyi mesin pengesan nadi. Aku masih hidup. Aku ingin lari dari semua ini!!!!!!!! Lepaskan aku!!!!!! Lepaskan aku!!!!!!! Beri aku peluang untuk hidup!!!!!!!! Tolong lepaskan aku!!!!!!!!!!! Aku mahu hidup!!!!!!!!Aku mahu kandungkan anak suami aku!!!!!!! Lepaskan aku!!!!!!!! Lepaskan aku… lepaskan aku… apa yang kau cuba buat?? Lepaskan aku… lepaskan aku… le..pas… le… Aku nampak wajah suami aku di suatu sudut. Aku cuba memanggilnya tapi kabur, semakin kabur dan terus kabur.

Aku buka mata. Aku bingung. Dia nampaknya masih menungguku di luar pejabatku. Setia dirinya menantiku. Setiap detik dan ketika, sering menghubungiku, menemankan aku untuk makan malam dan menghantarku pulang. Bukan dia tak tahu aku sudah berkahwin. Mungkin perasaanku juga sedang menyayanginya. Entahlah. Mana kasih suamiku yang seperti dulu? Mungkin dia terlalu sibuk dengan dirinya. Entah-entah seperti dulu lagi menduakan aku. Aku sudah bosan! Biarlah dia mengisi kekosongan yang melanda diri aku. Perit, aku tahu perit. Apatah lagi mencintai orang yang sudah tawar dan seolah tak menghargai diri aku. Bila ada yang mengganti, aku tahu itu salah, memang salah. Tapi salahkah aku mencintai? Salahkah aku? Aku ingin rasa diri aku doihargai. Fahamilah aku. Aku tersepit. Perkahwinan ini pun hanyalah satu tanggungjawab sahaja. Semuanya telah terlanjur. Terlanjur begitu jauh. Biar… biarlah aku seorang sahaja yang merasakannya. Letaklah seberat mana dosaku, aku sanggup menggalasnya. Aku akui, aku mula menyayanginya.

“Adila, Adila… Adila?” Apa semua ini? Lepakan aku. Cabut semuanya.

“Doktor! Doktor! Tolong!!”

“Awak tambahkan dos morfin lagi. Pesakit ni agresif. Mungkin dia mahu berjuang untuk terus hidup.”

Aku buka mata lagi. Aku nampak ayahku. Dulu aku amat sayangkannya. Tak tahulah mengapa semakin aku dewasa semakin menebal benciku terhadapnya. Tapi dia tetap ayahku. Akku nampak ibu. Dia sering memukulku, sering mendenda aku. Aku semakin sayang kepadanya. Aku nampak along, suaminya dan Azrul, anak angkatnya. Angah dan Kak Amee. Dia mengandung. Mana Meesha?

“Doktor!”

“Dah tinggi dos ni.”

“Awak ikat kaki dan tangan dia. Tambah dos lagi.”

“Sial,” detik hatiku. Aku sedang mengendung Meesha. Dia selalu bermain dengan aku, Ateh. Ya, dia selalu memanggilku Ateh. Datang Aida dengan baju dan kasut untuk Meesha, walaupun dia keras, tapi hatinya tetap lembut. Hazim! Dia datang dengan teman wanitanya, Ili. Adik! Kenapa lambat? Datang sorang je ke? Seketika kemudian kedengaran sayup-sayup suara orang membaca ayat-ayat suci al-Quran. Ni apa ni ada orang mengaji ni?

“Dila?” Aku meracau. Aku nampak suamiku sedang membacakan aku ayat-ayat al-Quran. Aku tak mati lagi!!!! Buka semua ini! Aku tak tahan!!! Cabut saluran pernafasan ni aku tercekik!!! Tolong lepaskan aku!!! Tolong!!! Aku sedih suara aku sedikit pun tak terkeluar. Tak siapa yang faham perasaan aku sekarang ini. Aku lihat suamiku, dia sedang menitikkan airmata melihat aku meronta-ronta.

Nurse!” Panggilnya. Jururawat datang dan aku terpejam lagi.

Cinta Sang Pencinta I

Pada aku cinta itu indah. Tiada siapa dapat menafikannya. Cinta dari Ilahi, cinta ayah kepada anak, cinta ibu berkorban kasih, cinta suami kepada isteri dan cinta sesama ahli keluarga. Namun, terkadang cinta itu buta, membutakan mata yang celik dan mencelikkan mata yang buta. Terpulang kepada sang pencinta untuk memilihnya hingga sering lupa antara hak dan batil. Semua itu cinta sang pencinta kepada kekasihnya. Pada aku, aku tak pernah jemu terhadap cinta kerana aku tahu, aku dilahirkan atas dasar cinta, membesar dengan rasa cinta dan hidup dalam kecintaan. Aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana pendapatannya bersama enam adik-beradik yang lain. Aku mempunyai empat orang kakak, tiga darinya sudah berkahwin dan seorang abang. Walaupun kami sering berbeza pendapat, namun kami tetap satu, satu keluarga.

Aku merupakan seorang mahasiswa luar kampus di salah sebuah institut pengajian tinggi awam di Selangor. Aku tinggal bersama tiga lagi kawanku yang lain di sebuah unit pangsapuri. Kami tinggal berasingan dan aku mempunyai bilikku yang tersendiri. Unit rumah kami di tingkat sembilan dan pangsapuri ini mempunyai dua lif kargo yang sederhana besar untuk kegunaan harian 3 blok pangsa yang bersambung antara satu dengan yang lain. Aku masih lagi membujang seperti biasa. Aku bekerja sambilan di salah sebuah pasaraya untuk mengisi kekosongan jadual hidupku. Namun begitu, ia masih tidak dapat menampung kesunyian hatiku.

Pengalamanku berhadapan dengan pelbagai ragam manusia membuatkan aku kurang untuk bercampur dengan orang lain. Aku lebih cenderung untuk memilih sahabat siber. Sekurang-kurangnya aku dapat berkongsi cerita suka dan duka bersama tanpa perlu rasa curiga. Di sini, aku mengenali seorang insan yang agak jujur bagiku. Dia tinggal di Cheras dan aku jarang berkomunikasi dengannya. Aku suka melihat gambarnya, hanya minat, tidak lebih dari itu.

Hari berganti hari, kami semakin rapat walau terkadang dia tidak membalas mesej-mesejku. Mungkin sibuk agaknya. Namun begitu, perasaan itu semakin lama semakin menebal dan bertukar kepada suka. Dia adalah seorang yang penyayang, kerap mengambil berat terhadap diriku sesuai dengan umurnya. Tapi aku tidak mudah untuk jatuh hati terhadap insan yang belum pernah aku temui. Itu prinsipku kerana pengalaman telah cukup mengajarku segalanya. Sehingglah pada satu hari, dia membalas mesejku.

“Hai buat apa?”

“Tengah drive ni on the way balik ke Terengganu. Ayah sakit.”

“Ye ke? Sakit apa? Awak drive elok-elok ya. Jaga diri. Lama ke awak balik Terengganu?”

“Seminggu. Kenapa?”

“Tak de apa. Nanti awak bawa balik keropok lekor ya. Haha.” Saja aku ingin menyakatnya. Kemudian lama dia mendiamkan diri.

Next week bolehlah kita jumpa.”

“Awak sayang saya?” Aku terdiam. Mungkin, tapi aku tak relakannya.

“Mana boleh cakap, kita tak jumpa lagi.”


********************************************

Aku baru pulang dari makan malam, entah kenapa, pada malam itu hatiku tergerak untuk meletakkan motorku di kaki lima rumahku menggunakan lif kargo tersebut. Aku jarang melakukannya walaupun kawalan keselamatan di pangsapuri ini adalah amat rendah. Aku lebih senang menguncinya dengan kunci pendua. Seketika kemudian, aku mendapat satu panggilan dari kakakku yang masih lagi membujang. Dia sering berbeza pendapat denganku. Malas untuk aku menjawabnya tapi aku cuba melayaninya dengan baik.

“Hello.”

“Hello dik, angah ada telefon tak?” Suaranya cemas.

“Tak ada. Kenapa?”

“Ayah accident dengan Kak Dila and Meesha sekali.” Kami terdiam. Tersedu aku mendengar suaranya yang separuh sebak.

“Ayah teruk tak?”

“Tak tahu. Angah call tadi. Dia kata ayah accident dengan Dila and Meesha sekali.”

“Ya Allah…”

“Nanti akak sampai rumah adik dalam pukul sembilan kita balik Johor,” sambungnya lagi.

“Ok, adik packing.” Setelah siap aku menyiapkan beg pakaian, aku terus menunggu kakakku di basement parking. Aku mesej dia, “Awak, saya balik Johor ni. My dad, sis and niece accident.

“Ok. Jaga diri,” balasnya. Sejurus kemudian, seperti yang dijanjikan, kakakku tiba tepat pada jam sembilan.

“Nak pergi hospital ke?”

“Balik rumahlah. Sekarang bukan masa melawat.” Aku hanya menuruti.

Zack III

Lagu Hanya Milikmu bergema lagi disepanjang perjalanan pulang dari berbuka. Mungkin lokasi yang telah kami pergi semuanya berhampiran menyebabkan lagu tersebut diulang-ulang kembali. Sepanjang perjalanan balik ke tempat penginapannya, dia memegang tanganku dengan begitu rapat sekali. Seolah tak mahu melepaskannya. Aku tersentuh. Hiba. Ingin kutangisi sekuatnya mengapa ini semua terjadi kepadaku??? Sedangkan hubungan aku dan pasanganku akan mencapai 10 bulan lagi 3 hari.

Aku meneruskan pemanduanku ke bukit yang dijanjikan. Keadaan sunyi. Gelap. Tak seperti yang dijangkakan. Jam baru menunjukkan pukul 8.30 malam. Mungkin terlalu awal. Aku meletakkan kereta di bahu jalan. Berdekatan dengan tapak ekspo. Keadaan memang terlalu sunyi. Hanya kami berdua sahaja di bukit itu. Kemudian, aku mematikan lampu kereta diikuti radio, air cond dan enjin kereta.

“Tak start lagi la,” kataku. Aku berpaling ke arahnya. Dia memerhatikanku. Aku megalihkan pandanganku. Kemudia, dia terus mengukup bibirku seadanya. Aku tergamam tapi kemudian membalasnya.

This is wrong dear. Tak pe lah. Kita balik ya,” kataku.

Dia membalas. Tapi hingga kini aku tak dapat mengingati apa yang dikatakannya. Apa yang penting, ayat tersebut berjaya memancingku dan dari situlah timbulnya saat-saat yang tak dapat aku lupakan. Biarlah hanya aku dan dia yang tahu dan mengerti dengan apa yang telah terjadi.

“Patutlah partner u sayang u.” Aku hanya mampu tersenyum. Aku menghantarnya pulang ke tempat penginapannya.

Delete mesej-mesej I and picture tadi sekali.”

“Kenapa?” Tanyaku lagi. Dia hanya mengeluh

U tak nak ke?”

“Taknak. Nanti rindu.” Jawabnya ringkas. Aku salam dan cium tangannya. Dia keluar kereta dan memerhati aku pergi. Malam tersebut aku mula mendapat SMS pelik darinya.

“Kawan tetap kawan k.. Jangan takut, aku takkan lupa amiruliman. Miss u.”

Aku menjawab, "Best tadi." Haha. Saja ingin menyakatnya.

"Erk... Pulak dah... Malu... Pergi sudah tinggalkan daku.... huhu." Lirik lagu Tinggalkan Aku.

Kemudian, aku membalas, "Aku tak salahkan hatimu, bila harap itu tak ada...." Bait permulaan lagu Hanya Milikmu. Masing-masing terdiam, sampai di situ sahaja kami berbalas mesej pada malam itu. Mungkin masing-masing memendam perasaan yang terbengkalai.


****************************************************

Keesokan harinya. Aku menghubunginya untuk bertemunya kembali.

I balik awal dalam tengahari ni. Tak yah datang la. Tak sempat jumpa kot,” katanya.

U tak nak jumpa ke?” Dia senyap buat seketika.

“Datanglah,” jawabnya ringkas. Hatiku gembira. Aku terus pergi ke tempat persidangannya. Dia masih ada dan sedang sibuk berbincang dengan ahli-ahli persidangan yang lain. Setelah selesai, dia datang dan duduk di sebelahku.

”Tak join ke hari ni?”

“Tak, malas. Jadi observer je.”

Kemudian, aku terima satu SMS. “Hai, boleh berkenalan?”

“Boleh, nak jadikan partner I pun boleh,” balasku.

Tiba-tiba dia bersuara, “mana boleh, u dah berpunya.” Kemudian dia menurunkan badannya dan baring ke bahuku. Cuba untuk bermanja denganku mungkin untuk kali pertama dan terakhir.

“Jom gi lunch.

“Tak bolehlah. I dah nak balik.”

U balik pukul berapa?”

“2,” jawabnya rigkas.

Kemudian aku menerima panggilan dari teman rapatku, Khairi.

“Iman, jom keluar temankan aku shopping.”

“Aku tak bolehlah. Aku dengan dia ni.”

“Hey, kau ni dah dah la… Sian la jat dia...”

“Yelah.. Ok, nanti aku confirmkan balik ek.”

“Siapa tu?”

“Kawan, Khairi. Ajak gi shopping.

Kemudian, aku membuat keputusan untuk pergi. Aku terpaksa pergi kerana aku tak sanggup untuk memperjudikan apa yang sedang berlaku. Dia menemankan aku keluar menunggu Khairi. Sejurus kemudian, Khairi tiba dengan keretanya. Mataku masih lagi ekor akan dirinya. Dia melambai ke arahku. Aku mengalihkan pandangan. Biar semuanya berhenti di sini. Telefon ku berbunyi.

“Jaga diri!” Itulah mesejnya yang terakhir aku terima. Aku masih ingat lagi kata-katanya. “Melepas”, “patutlah pasangan aku suka”, “jangan takut, aku takkan lupa amiruliman” dan yang terakhir ini, “jaga diri!”. Semua ini berubah apabila dia pulang ke tempat asalnya. Dia mengelak dan mulai tidak membalas mesej-mesejku. Panggilanku dijawab dengan endah dan tidak. Aku tahu, dia terpaksa membenciku untuk melupakan aku. Kuatkan hati aku Tuhan untuk menempuhi semua ini.

Hingga kini aku masih boleh mengenang setiap detik yang berlaku walaupun hanya seketika, selamanya kurasakan. Dia? Masih lagi cuba menghindar dari aku. Aku tahu, faham akan dirinya walaupun bertemu hanya untuk seketika. Kenapa semua ini terjadi? Mungkin kerana aku rasa aku telah ditinggalkan oleh pasanganku atau itu hanyalah satu alasan? Entahlah. Atau adakah cintaku telah beralih arah? Maafkan aku Tuhan kerana aku keliru masa itu dan kini aku hanya rindukan pada kenangan. Kenangan yang telah berlalu dan tidak boleh diundur lagi. Mungkin itu adalah kali pertama dan terakhir aku berjumpa dengannya. Cukuplah atas apa yang terjadi. Semuanya aku jadikan tauladan supaya tak berulang lagi.

Ingatlah kata-kata ini...

"Jika kita tidak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat dan bersyukur dengan apa yang kita ada kerana kita selalu tidak menghargai apa yang ada di sekeliling kita... sehinggalah kita kehilangannya...."

"Bahagia adalah hak individu, kita berhak memilihnya, untuk terus bahagia atau pun tidak. Adakah memilih bahagia yang lain akan menjamin kebahagiaan mendatang? Tepuk dada tanyalah akal."


Zack II

Kami dalam perjalanan ke Putrajaya. Aku memang sering memasang lagu-lagu dari album Anuar Zain. Aku memang sukakannya dan tidak pernah jemu untuk mendengarnya. Dengan bait-bait puitis, chord dan arrangement lagu yang indah dan jarang digunakan memang mengasyikkan disertai dengan ancara orkestra. Kami berbicara tentangnya dan yang paling mengejutkan dia menggapai tangan aku. Dia cium dan pegang tangan aku yang tersarung cincin tanda aku dan pasangan aku. Dia perhati dan mengalihkan pandangan ke luar.

“Melepas.” Katanya ringkas antara dengar dan tidak. Suasana senyap disertai lagu Hanya Milikmu.

“Awak sayang saya?” Tanyaku ringkas, meminta perhatian. Dia tenung aku.

“Mana boleh cakap,” dia cuba mengelak.

Suasana terus senyap dan kami menuju ke Pusat Membeli-belah Alamanda.

“Nak ke mana ni? Hari awal lagi nak berbuka.”

“Kita pergi karaokelah!” Selorohnya.

“Ok…”

Hari itu dia menyanyikan padaku lagu Dealova, Tapi Bukan Aku dan Ketulusan Hati. Dia genggam tanganku, erat. Aku masih lagi termenung menghadap skrin karaoke. Tersentuh dengan apa yang dinyanyikan, apa yang dilakukan dan apa yang dikatakan. Dalam bait lagu Dealova;

“Aku ingin kau tahu bahwaku selalu memujamu.”

Aku tenung wajahnya dan bertanyakan, “betul ke?”

Dia mengagguk. “Betul, tak tipu,” katanya sambil merenung mataku. Dia kucup pipiku. Kemudian, aku kucup pipinya semula. Aku merenung ke arahnya.

“Apa ni?” Katanya malu.Tiba giliran aku menyanyi. Sejenak kemudian, dia peluk pinggangku, penuh mesra. Aku tenung wajahnya. Dia mengalihkan pandangan, tak mahukannya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan mengambil gambarku. Tidak jelas, cahaya tak mencukupi. Kemudian aku mengambil gambar kami bersama menggunakan telefon bimbitku. Dia termenung, tunduk.

“Padam,” katanya ringkas.

“Kenapa?”

“Nanti partner u jealous,” katanya ringkas. Aku keluh. Tak faham dengan sikapnya yang begitu tegas terhadap diri sendiri. Kemudian, dia peluk aku dan kucup pipiku seadanya. Aku hanya membatu. Dia kucup bibirku. Aku pejamkan mata. Setulusnya, aku tak mampu untuk menulis setiap saat dan ketika buat masa ini. Setiap detik yang kulalui tak ubah seperti racun yang menusuk dan menikam-nikam kalbuku. Peritnya sampai ke tulang hitam, pedihnya biarlah aku seorang yang tanggung. Biarlah aku yang rasa semua ini kerana aku yang mulakannya dan biar aku yang mengakhirkannya seorang diri.

*************************************************

Aku masih lagi termenung. Tersentuh dengan apa yang dinyanyikan, apa yang dilakukan dan apa yang dikatakan. Dalam bait-bait lagu Dealova;

“Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh

aku ingin kau tahu bahwaku selalu memujamu

tanpamu sepinya waktu merantai hati

bayangmu seakan-akan…”

Sampai sekarang masih lagi terngiang-ngiang akan suaranya. Merdu, tak seperti yang dikatakannya sebelum ini. Sangat mengasyikkan. Dalam sibuk memilih kedai untuk berbuka, semua kedai telah full reserved. Kami menuju ke parkir kereta untuk menuju ke Taman Warisan Pertanian. Semasa di dalam perjalanan, tak banyak yang kami bualkan. Masing-masing membatu menghayati pandangan luar yang sungguh indah. Setibanya di sana, semua meja telah pun penuh. Kemudian, aku memesan sate Kajang dan pergi berbuka di gigi air di tasik Putrajaya berhadapan dengan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Suasana sunyi dengan deruan angin. Seolah faham akan situasi kami. Di dalam air, terdapat ikan bersama kumpulan anak-anaknya sedang berenang-renang kegembiraan. Dia melihat ke arah ku.

“Tengok tu,” katanya bersungguh. Aku tersenyum, bijak dia mengawal situasi. Kami tersenyum. Di langit, burung-burung berterbangan untuk balik ke sangkar mereka. Langit semakin kirmizi, menandakan waktu berbuka telah pun tiba.

“Jom berbuka.” Dia mengangguk. Kami berbuka di tangga jambatan tersebut.

“Malam ni ada pesta tanglong,” kataku memecah suasana.

“Erm.. boleh la kita pergi nanti.”

“Ok je kat atas bukit belakang tempat penginapan u nanti.” Dia mengangguk. Kami meneruskan santapan bersama air yang dibeli tadi.

“Suap sikit wak.”

“Mengada, makan la sendiri.” Aku mencuka. Selesai makan. Kami sekali lagi ke bibir tasik. Memerhati indahnya alam dan ciptaan bangunan dan jambatan yang bertaraf global.

“Jom lepak kat jeti tu.”

“Dulu I selalu lepak situ.” Malangnya, jeti itu ditutup kepada umum. Bunyi deruan air agak kuat di sini. Kami mencari puncanya.

“Kat mana ye air tu berbunyii?”

Sana kot…” Sambil menuding jari ke jambatan berhampiran.

“Ye lah! Jom pergi sana!” Terus aku berlari. Agak jauh.

“Nak pergi ke?”

“U nak pergi?” Tanyaku bersemangat

“Erm… Lain kali lah.”

“Ok.” Aku pun kekenyangan sebenarnya. Haha. Kami menuju ke tempat parkir dan menuju ke tempat pesta tanglong akan diadakan.

Zack I

Peristiwa Ramadhan 1429 masih segar lagi dalam ingatan aku. Ingin aku buang ia jauh-jauh agar luput dan hanya terlakar dalam tulisan ini. Aku tinggal bersama pasangan aku di sebuah kediaman di tengah ibu kota Malaysia. Bulan ini memang amat meletihkan, aku faham. Bekerja di bawah sebuah syarikat besar milik bangsa lain yang hanya mementingkan wang daripada etika dan kebajikan pekerja membuatkan tekanan semakin bertambah. Apa lagi jika aku tak disentuh walaupun sedikit kerana itu prinsipnya pada bulan yang mulia ini. Aku terpaksa akur.

Hubungan aku dan pasanganku mulai renggang. Hari-harinya hanya dipenuhi dengan rutin kerjanya, dari awal bangun tidur sehinggalah masa untuk tidur, baru dia pulang ke rumah. Aku mulai sunyi, hanya bertemankan kucing yang baru kubela. Aku sering melewati laman-laman maya untuk mengisi masa lapangku. Dari situ bermulalah satu episod baru dalam hidupku. Aku berkenalan seorang insan yang belum berpunya. Hanya tujuan untuk berkawan sambil melawak. Aku perlukan seseorang untuk berbicara.

Bermula dengan perbualan biasa yang menyeronokkan hinggalah ke hari ini, aku tahu, dia masih ada dan mungkin sedang membaca warkah ini. Dia seorang yang bijak mengendalikan emosi dan perasaan. Pengalamannya diduakan pasangannya mungkin menyebabkan dia begitu utuh terhadap perasaannya dan tidak mudah untuk didampingi. Hatinya lembut, perasaan mudah tersentuh, namun dia bijak mengalihkan tumpuan emosinya kepada yang lain. Mungkin pengalamannya yang lalu telah mengajarnya erti disiplin dan aku ingin nyatakan yang dia tidak pernah luput dalam ingatan aku dan aku tahu, itu salah.

Hari-hariku agak indah dengan kedengaran suaranya. Aku sering menghubunginya tatkala sunyi sehinggalah satu hari, dia menyatakan hasratnya untuk hadir ke tempatku atas tujuan kerja. Aku tersentak kerana aku tahu, dia tidak sukakan suasana kota dan hinggalah sampai harinya untuk dia hadir ke kawasanku. Aku tak tahu kawasan yang spesifik dia berada, tapi aku nekad untuk berjumpa dengannya. Entah kenapa aku boleh berkelakuan seperti ini. Dari satu kawasan ke satu kawasan aku cuba menghidu kehadirannya sehinggalah aku nampak kelibatnya yang cuba berselindung dari aku. Haha. Mungkin dia juga berperasaan sama seperti aku dan dia cuba untuk menyembunyikannya.

Hatiku girang, tidak berkata apa-apa. Jantungku berdetak laju. Apakah maksudnya? Aku cuba memberanikan diri untuk hadir ke persidangan terbukanya untuk melihat telatah sebenarnya. Nyata dia bijak mengawal suasana dan keadaan sehingglah tamat persidangan dia terus beredar dan berlalu begitu sahaja. Hatiku hampa. Perasaanku lebur. Tapi aku terus tabahkan diri dan nekad untuk berjumpa dengannya juga. Aku pergi dari satu bilik ke bilik persidangan yang lain untuk mencari kelibatnya dan…

“Assalamualaikum, apa khabar?”

“Baik. Masuklah,” sambil mengerutkan dahi dan mencuka muka kerana aku begitu gigih untuk berjumpanya.

“Kenapa datang? Tak nak jumpa”

“Kenapa?” Tanyaku. Dia hanya membisu sambil menundukkan muka. Aku faham. Mungkin dia juga sedang berputik. Sama sepertiku. Aku memecahkan suasana dengan bertanyakan soalan-soalan lazim di awal perkenalan. Walaupun ini kali pertama kami bersua secara nyata, tapi semuanya bagaikan indah. Tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

“Jom berbuka sama petang ni.”

“Kenapa datang?” Tanyanya lagi menunjukkan ketidakpuashatian. Aku hanya balas dengan senyuman.

“Jom lah.”

“Kat mana?” Sambil mengerutkan dahi tanda tidak setuju.

“Kat Putrajaya. Jom lah. I belanja.”

“Tak nak,” jawabnya ringkas. “Petang ni ada aktiviti memasak bubur lambuk,” dia cuba berdalih lagi.” Kami terdiam. Mungkin berfikir untuk frasa seterusnya.

“Jomlah. Bila lagi nak jumpa. U inform lah kawan u.”

“Ok.” Dia saja mengujiku. “Pukul berapa nak pergi?”

“Empat. Takut jam.” Dia mengangguk.

Jam baru menunjukkan pukul 2 petang. Kami kemudian pergi menuju ke bilik penginapannya. Dia ingin berehat memandangkan perjalanan ke kawasanku agak jauh dari tempatnya lantas aku menemaninya tidur di biliknya sementara menunggu jam empat.


~ to be continued