Peristiwa Ramadhan 1429 masih segar lagi dalam ingatan aku. Ingin aku buang ia jauh-jauh agar luput dan hanya terlakar dalam tulisan ini. Aku tinggal bersama pasangan aku di sebuah kediaman di tengah ibu
Hubungan aku dan pasanganku mulai renggang. Hari-harinya hanya dipenuhi dengan rutin kerjanya, dari awal bangun tidur sehinggalah masa untuk tidur, baru dia pulang ke rumah. Aku mulai sunyi, hanya bertemankan kucing yang baru kubela. Aku sering melewati laman-laman maya untuk mengisi masa lapangku. Dari situ bermulalah satu episod baru dalam hidupku. Aku berkenalan seorang insan yang belum berpunya. Hanya tujuan untuk berkawan sambil melawak. Aku perlukan seseorang untuk berbicara.
Bermula dengan perbualan biasa yang menyeronokkan hinggalah ke hari ini, aku tahu, dia masih ada dan mungkin sedang membaca warkah ini. Dia seorang yang bijak mengendalikan emosi dan perasaan. Pengalamannya diduakan pasangannya mungkin menyebabkan dia begitu utuh terhadap perasaannya dan tidak mudah untuk didampingi. Hatinya lembut, perasaan mudah tersentuh, namun dia bijak mengalihkan tumpuan emosinya kepada yang lain. Mungkin pengalamannya yang lalu telah mengajarnya erti disiplin dan aku ingin nyatakan yang dia tidak pernah luput dalam ingatan aku dan aku tahu, itu salah.
Hari-hariku agak indah dengan kedengaran suaranya. Aku sering menghubunginya tatkala sunyi sehinggalah satu hari, dia menyatakan hasratnya untuk hadir ke tempatku atas tujuan kerja. Aku tersentak kerana aku tahu, dia tidak sukakan suasana
Hatiku girang, tidak berkata apa-apa. Jantungku berdetak laju. Apakah maksudnya? Aku
“Assalamualaikum, apa khabar?”
“Baik. Masuklah,” sambil mengerutkan dahi dan mencuka muka kerana aku begitu gigih untuk berjumpanya.
“Kenapa datang? Tak nak jumpa”
“Kenapa?” Tanyaku. Dia hanya membisu sambil menundukkan muka. Aku faham. Mungkin dia juga sedang berputik. Sama sepertiku. Aku memecahkan suasana dengan bertanyakan soalan-soalan lazim di awal perkenalan. Walaupun ini kali pertama kami bersua secara nyata, tapi semuanya bagaikan indah. Tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.
“Jom berbuka sama petang ni.”
“Kenapa datang?” Tanyanya lagi menunjukkan ketidakpuashatian. Aku hanya balas dengan senyuman.
“Jom lah.”
“Kat mana?” Sambil mengerutkan dahi tanda tidak setuju.
“Kat Putrajaya. Jom lah. I belanja.”
“Tak nak,” jawabnya ringkas. “Petang ni ada aktiviti memasak bubur lambuk,” dia
“Jomlah. Bila lagi nak jumpa. U inform lah kawan u.”
“Ok.” Dia saja mengujiku. “Pukul berapa nak pergi?”
“Empat. Takut jam.” Dia mengangguk.
Jam baru menunjukkan pukul 2 petang. Kami kemudian pergi menuju ke bilik penginapannya. Dia ingin berehat memandangkan perjalanan ke kawasanku agak jauh dari tempatnya lantas aku menemaninya tidur di biliknya sementara menunggu jam empat.
~ to be continued
0 comments:
Post a Comment