Zack II

Kami dalam perjalanan ke Putrajaya. Aku memang sering memasang lagu-lagu dari album Anuar Zain. Aku memang sukakannya dan tidak pernah jemu untuk mendengarnya. Dengan bait-bait puitis, chord dan arrangement lagu yang indah dan jarang digunakan memang mengasyikkan disertai dengan ancara orkestra. Kami berbicara tentangnya dan yang paling mengejutkan dia menggapai tangan aku. Dia cium dan pegang tangan aku yang tersarung cincin tanda aku dan pasangan aku. Dia perhati dan mengalihkan pandangan ke luar.

“Melepas.” Katanya ringkas antara dengar dan tidak. Suasana senyap disertai lagu Hanya Milikmu.

“Awak sayang saya?” Tanyaku ringkas, meminta perhatian. Dia tenung aku.

“Mana boleh cakap,” dia cuba mengelak.

Suasana terus senyap dan kami menuju ke Pusat Membeli-belah Alamanda.

“Nak ke mana ni? Hari awal lagi nak berbuka.”

“Kita pergi karaokelah!” Selorohnya.

“Ok…”

Hari itu dia menyanyikan padaku lagu Dealova, Tapi Bukan Aku dan Ketulusan Hati. Dia genggam tanganku, erat. Aku masih lagi termenung menghadap skrin karaoke. Tersentuh dengan apa yang dinyanyikan, apa yang dilakukan dan apa yang dikatakan. Dalam bait lagu Dealova;

“Aku ingin kau tahu bahwaku selalu memujamu.”

Aku tenung wajahnya dan bertanyakan, “betul ke?”

Dia mengagguk. “Betul, tak tipu,” katanya sambil merenung mataku. Dia kucup pipiku. Kemudian, aku kucup pipinya semula. Aku merenung ke arahnya.

“Apa ni?” Katanya malu.Tiba giliran aku menyanyi. Sejenak kemudian, dia peluk pinggangku, penuh mesra. Aku tenung wajahnya. Dia mengalihkan pandangan, tak mahukannya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan mengambil gambarku. Tidak jelas, cahaya tak mencukupi. Kemudian aku mengambil gambar kami bersama menggunakan telefon bimbitku. Dia termenung, tunduk.

“Padam,” katanya ringkas.

“Kenapa?”

“Nanti partner u jealous,” katanya ringkas. Aku keluh. Tak faham dengan sikapnya yang begitu tegas terhadap diri sendiri. Kemudian, dia peluk aku dan kucup pipiku seadanya. Aku hanya membatu. Dia kucup bibirku. Aku pejamkan mata. Setulusnya, aku tak mampu untuk menulis setiap saat dan ketika buat masa ini. Setiap detik yang kulalui tak ubah seperti racun yang menusuk dan menikam-nikam kalbuku. Peritnya sampai ke tulang hitam, pedihnya biarlah aku seorang yang tanggung. Biarlah aku yang rasa semua ini kerana aku yang mulakannya dan biar aku yang mengakhirkannya seorang diri.

*************************************************

Aku masih lagi termenung. Tersentuh dengan apa yang dinyanyikan, apa yang dilakukan dan apa yang dikatakan. Dalam bait-bait lagu Dealova;

“Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh

aku ingin kau tahu bahwaku selalu memujamu

tanpamu sepinya waktu merantai hati

bayangmu seakan-akan…”

Sampai sekarang masih lagi terngiang-ngiang akan suaranya. Merdu, tak seperti yang dikatakannya sebelum ini. Sangat mengasyikkan. Dalam sibuk memilih kedai untuk berbuka, semua kedai telah full reserved. Kami menuju ke parkir kereta untuk menuju ke Taman Warisan Pertanian. Semasa di dalam perjalanan, tak banyak yang kami bualkan. Masing-masing membatu menghayati pandangan luar yang sungguh indah. Setibanya di sana, semua meja telah pun penuh. Kemudian, aku memesan sate Kajang dan pergi berbuka di gigi air di tasik Putrajaya berhadapan dengan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Suasana sunyi dengan deruan angin. Seolah faham akan situasi kami. Di dalam air, terdapat ikan bersama kumpulan anak-anaknya sedang berenang-renang kegembiraan. Dia melihat ke arah ku.

“Tengok tu,” katanya bersungguh. Aku tersenyum, bijak dia mengawal situasi. Kami tersenyum. Di langit, burung-burung berterbangan untuk balik ke sangkar mereka. Langit semakin kirmizi, menandakan waktu berbuka telah pun tiba.

“Jom berbuka.” Dia mengangguk. Kami berbuka di tangga jambatan tersebut.

“Malam ni ada pesta tanglong,” kataku memecah suasana.

“Erm.. boleh la kita pergi nanti.”

“Ok je kat atas bukit belakang tempat penginapan u nanti.” Dia mengangguk. Kami meneruskan santapan bersama air yang dibeli tadi.

“Suap sikit wak.”

“Mengada, makan la sendiri.” Aku mencuka. Selesai makan. Kami sekali lagi ke bibir tasik. Memerhati indahnya alam dan ciptaan bangunan dan jambatan yang bertaraf global.

“Jom lepak kat jeti tu.”

“Dulu I selalu lepak situ.” Malangnya, jeti itu ditutup kepada umum. Bunyi deruan air agak kuat di sini. Kami mencari puncanya.

“Kat mana ye air tu berbunyii?”

Sana kot…” Sambil menuding jari ke jambatan berhampiran.

“Ye lah! Jom pergi sana!” Terus aku berlari. Agak jauh.

“Nak pergi ke?”

“U nak pergi?” Tanyaku bersemangat

“Erm… Lain kali lah.”

“Ok.” Aku pun kekenyangan sebenarnya. Haha. Kami menuju ke tempat parkir dan menuju ke tempat pesta tanglong akan diadakan.

0 comments: