Lagu Hanya Milikmu bergema lagi disepanjang perjalanan pulang dari berbuka. Mungkin lokasi yang telah kami pergi semuanya berhampiran menyebabkan lagu tersebut diulang-ulang kembali. Sepanjang perjalanan balik ke tempat penginapannya, dia memegang tanganku dengan begitu rapat sekali. Seolah tak mahu melepaskannya. Aku tersentuh. Hiba. Ingin kutangisi sekuatnya mengapa ini semua terjadi kepadaku??? Sedangkan hubungan aku dan pasanganku akan mencapai 10 bulan lagi 3 hari.
Aku meneruskan pemanduanku ke bukit yang dijanjikan. Keadaan sunyi. Gelap. Tak seperti yang dijangkakan. Jam baru menunjukkan pukul 8.30 malam. Mungkin terlalu awal. Aku meletakkan kereta di bahu jalan. Berdekatan dengan tapak ekspo. Keadaan memang terlalu sunyi. Hanya kami berdua sahaja di bukit itu. Kemudian, aku mematikan lampu kereta diikuti radio, air cond dan enjin kereta.
“Tak start lagi la,” kataku. Aku berpaling ke arahnya. Dia memerhatikanku. Aku megalihkan pandanganku. Kemudia, dia terus mengukup bibirku seadanya. Aku tergamam tapi kemudian membalasnya.
“This is wrong dear. Tak pe lah. Kita balik ya,” kataku.
Dia membalas. Tapi hingga kini aku tak dapat mengingati apa yang dikatakannya. Apa yang penting, ayat tersebut berjaya memancingku dan dari situlah timbulnya saat-saat yang tak dapat aku lupakan. Biarlah hanya aku dan dia yang tahu dan mengerti dengan apa yang telah terjadi.
“Patutlah partner u sayang u.” Aku hanya mampu tersenyum. Aku menghantarnya pulang ke tempat penginapannya.
“Delete mesej-mesej I and picture tadi sekali.”
“Kenapa?” Tanyaku lagi. Dia hanya mengeluh
“U tak nak ke?”
“Taknak. Nanti rindu.” Jawabnya ringkas. Aku salam dan cium tangannya. Dia keluar kereta dan memerhati aku pergi. Malam tersebut aku mula mendapat SMS pelik darinya.
“Kawan tetap kawan k.. Jangan takut, aku takkan lupa amiruliman. Miss u.”
Aku menjawab, "Best tadi." Haha. Saja ingin menyakatnya.
"Erk... Pulak dah... Malu... Pergi sudah tinggalkan daku.... huhu." Lirik lagu Tinggalkan Aku.
Kemudian, aku membalas, "Aku tak salahkan hatimu, bila harap itu tak ada...." Bait permulaan lagu Hanya Milikmu. Masing-masing terdiam, sampai di situ sahaja kami berbalas mesej pada malam itu. Mungkin masing-masing memendam perasaan yang terbengkalai.
****************************************************
Keesokan harinya. Aku menghubunginya untuk bertemunya kembali.
“I balik awal dalam tengahari ni. Tak yah datang la. Tak sempat jumpa kot,” katanya.
“U tak nak jumpa ke?” Dia senyap buat seketika.
“Datanglah,” jawabnya ringkas. Hatiku gembira. Aku terus pergi ke tempat persidangannya. Dia masih ada dan sedang sibuk berbincang dengan ahli-ahli persidangan yang lain. Setelah selesai, dia datang dan duduk di sebelahku.
”Tak join ke hari ni?”
“Tak, malas. Jadi observer je.”
Kemudian, aku terima satu SMS. “Hai, boleh berkenalan?”
“Boleh, nak jadikan partner I pun boleh,” balasku.
Tiba-tiba dia bersuara, “mana boleh, u dah berpunya.” Kemudian dia menurunkan badannya dan baring ke bahuku.
“Jom gi lunch.”
“Tak bolehlah. I dah nak balik.”
“U balik pukul berapa?”
“2,” jawabnya rigkas.
Kemudian aku menerima panggilan dari teman rapatku, Khairi.
“Iman, jom keluar temankan aku shopping.”
“Aku tak bolehlah. Aku dengan dia ni.”
“Hey, kau ni dah dah la…
“Yelah.. Ok, nanti aku confirmkan balik ek.”
“Siapa tu?”
“Kawan, Khairi. Ajak gi shopping.”
Kemudian, aku membuat keputusan untuk pergi. Aku terpaksa pergi kerana aku tak sanggup untuk memperjudikan apa yang sedang berlaku. Dia menemankan aku keluar menunggu Khairi. Sejurus kemudian, Khairi tiba dengan keretanya. Mataku masih lagi ekor akan dirinya. Dia melambai ke arahku. Aku mengalihkan pandangan. Biar semuanya berhenti di sini. Telefon ku berbunyi.
“Jaga diri!” Itulah mesejnya yang terakhir aku terima. Aku masih ingat lagi kata-katanya. “Melepas”, “patutlah pasangan aku suka”, “jangan takut, aku takkan lupa amiruliman” dan yang terakhir ini, “jaga diri!”. Semua ini berubah apabila dia pulang ke tempat asalnya. Dia mengelak dan mulai tidak membalas mesej-mesejku. Panggilanku dijawab dengan endah dan tidak. Aku tahu, dia terpaksa membenciku untuk melupakan aku. Kuatkan hati aku Tuhan untuk menempuhi semua ini.
Hingga kini aku masih boleh mengenang setiap detik yang berlaku walaupun hanya seketika, selamanya kurasakan. Dia? Masih lagi
Ingatlah kata-kata ini...
"Jika kita tidak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat dan bersyukur dengan apa yang kita ada kerana kita selalu tidak menghargai apa yang ada di sekeliling kita... sehinggalah kita kehilangannya...."
"Bahagia adalah hak individu, kita berhak memilihnya, untuk terus bahagia atau pun tidak. Adakah memilih bahagia yang lain akan menjamin kebahagiaan mendatang? Tepuk dada tanyalah akal."
5 comments:
panjang kisahnyer.. gigih pulak bace pagi2 buta tatkala malas nk stadi nih kn.. tension doo nk exam..
hmm.. begitu la manusia.. wlaupun berdua, masih berasa kesunyian.. ala2 cter sepi la.. jiwa sngt suka meronta bila kesepian n perlu di isi.. ianya xkn puas, slagi xdpt ape yg dikehendak..
aku bahagia ngan benggo...hehe..adi,,,doakan jodoh kami berkekalan ek...:) sayang ko. ko kwn aku forever!!
thanx Rizal!!!
Aku taw tu salah aku... Thanx coz memahami... =)
To my fren Molie...
Thanx 4 being my closed fren... =) Nak share Benggo boley??? haha Mati la... ;p
baiknya KHAIRI tu kan..............
kan.........
kan...................
kan.......................
hehe... ye lah tu... KHAIRI...
mencik!!!
Post a Comment