Showing posts with label Announcement. Show all posts
Showing posts with label Announcement. Show all posts

Telekom Malaysia Tidak Professional

Tidak dinafikan bahawa Telekom Malaysia (TM) merupakan syarikat telekomunikasi berwayar terunggul di negara ini. Jasa dan pengorbanan syarikat sokongan kerajaan ini menjadi begitu utuh dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Namun, searus dan sederas zaman teknologi serba canggih kini, TM perlu melakukan perubahan yang amat besar untuk terus maju dan tidak hanya bergantung kepada sokongan kerajaan semata-mata.

Pemerhatian penulis terhadap kos perbelanjaan TM masa kini terarah kepada pembaziran kewangan terhadap tanggungan yang tidak berimpak tinggi, tidak selaras dengan kehendak kerajaan untuk menghasilkan negara yang sentiasa menghasilkan pulangan berimpak tinggi. Sebagai contoh, TM sering mengiklankan produknya di papan iklan utama di Malaysia, iklan komersil di stesen televisyen, dan tidak ketinggalan, akhbar. Tidak dinafikan khidmat pengiklanan ini dapat melonjakkan pulangan modal yang besar kepada TM, tetapi tanggungan hadiah sepakan bola sepak FIFA contohnya bernilai sehingga jutaan ringgit. Alangkah baiknya jika wang yang sebanyak itu dibelanjakan untuk latihan kakitangan dan kecekapan pekerja TM supaya bertindak penuh professional, karisma dan kaliber.

Penulis mendapati bahawa TM tidak mempunyai sistem kecekapan dalam perkhidmatan, tidak mempunyai panggilan bebas tol, dan boleh dikatakan ketinggalan dari segi mutu khidmat pelanggan. Sebagai contoh, penulis telah dialihkan lebih daripada enam orang staf khidmat pelanggan TM dan mereka seolah-olah tidak tahu produk yang ingin mereka sampaikan.

Selain daripada itu, Bahagian Khidmat Pelanggan TM juga tidak mempunyai “link” atau hubungan dengan TM Point sedangkan mereka berada di bawah satu syarikat yang sama. Lebih mendukacitakan, TM juga didapati tidak dapat melakukan kerja mereka mengikut masa dan sering melengahkan tugasan mereka. Sebagai contoh, penulis mengambil masa sehingga sebulan untuk menunggu talian telefon dipasang dan sehingga kini lebih dari tiga minggu penulis masih lagi menunggu untuk modem Streamyx dipasang di rumah. Penulis berasa kesal kerana kos kelewatan pemasangan modem itu terpaksa ditanggung oleh penulis dan seolah-olah syarikat lepas tangan terhadap kelewatan pekerja mereka.

Oleh itu, diharapkan pihak kerajaan dapat mengambil langkah amaran kepada TM dan semoga TM dapat berubah sikap selaras dengan kemajuan yang ingin kita gapai pada tahun 2020.
Sekian sahaja dari penulis.
Assalamualaikum.

Siapa Kenal Safwan Husaini???

Dah lama gak aku tak menulis. Tapi entry yg aku baca di laman sesawang yg terbentang luas memang tidak mengejutkan, malah aku bangga dgn kata2 yg telah dimuntahkan olehnya,
Safwan Husaini Abd Ghafur.


Aku ni adalah antara org terawal yg kenal dia di Myspace dulu... bulan April 2009 tak silap aku. Aku akui aku terlanjur mengenalinya sehinggalah dia buat blog seusia dgn blog aku ni dan blog tu masih lagi wujud.

http://extremindability.blogspot.com/

Masa tu dia mungkin baru berjinak2 dengan dunia penyamaran. Kerana dikatakan bahawa Skatype adalah kawan rapatnya yg mengajarnya selok belok bergambar. Ini adalah bukti bahawa Skatype & Safwan Husaini pernah berada di lokasi yang sama.


Lebih kurang seminggu sejurus blog itu dibuka. Inilah dia pembongkaran identiti Skatype @ Dome Clone

Fotomedia

Ironiknya, kedua-dua identiti ini dikatakan "mati" apabila sebilangan orang yang terasa ditipu dan tertipu semakin berkumulatif. Dan kedua-dua watak rekaan di atas mengambil jurusan Perubatan di luar negara. Yang nyatanya, penulis juga tertipu dengan rekaan watak tersebut akibat lakon layar yang begitu realistik, masakan Aznil juga boleh tertipu?? Penulis bukan sahaja chat bersama malah telefon dan berbincang pelbagai isu yang menyebabkan watak tersebut begitu realis sekali.

Tak terduga la pulak sampai Era boleh call watak ni.. Tapi xpe... aku taw dia tengah baca coretan aku ni.. Anda tahu siapa diri anda, mengapa perlu jadi insan lain dan menafikan kewujudan ahli keluarga yang lain?? Setelah aku baca semua pembohongan, patut la dia tak pernah nak skype, webcam n vid call dgn aku.. Ade je alasan diek.. Tak terfikir pulak aku... Hak2 aku pown jadi mangsa dia neh~

Tapi kalau nak ikutkan mmg la agak retorik n dramatik kisah hidup dia ni. Bila dia kata dia kat UK pun aku da mcm tak caye... Mula2 kata nak study art kat MMU, pastu tak jadik, g UK, pastu nak masuk med skool, mcm2 la tapi semua kejap2 je mcm dlm 2 bulan... Ape kebendanya tu~ aku tak kisah lagi la masa tu, mungkin dia mmg btol2 anak org kaya. Tinggal kat Hartamas le katakan... Padahal aku selalu je lepak sana, bila aku ajak lepak sekali alasannya xde transport la, umi keluar la dan macam2 lagi.

Hurm...
yg best, dia tak buat perancangan teliti utk membohong, ada orrg kata adik dia mati kena kanser, tapi dia bitaw aku adik dia mati sebab jatuh tangga???? keheheheheh

hurm...
apa pun dia pernah hadir dalam hidup aku biar pun tak jumpa tapi watak rekaannya sangat realistik sehingga menyebabkan hubungan aku dgn pasangan aku mmg hampir2 terputus~! Tapi xpe... itulah yg menyebabkan aku semakin memahami pasangan aku. Nasib baik la wey tak terbagi Blackberry n sewa hotel kat Bagan Lalang dulu... Fuhh~ Apa alasan dia ek?? Tak ingat... mungkin dia ramai sgt nak layan org so mcm flee je la... hinggap mana sempat.

Sepupu dia, setahu aku namanya Koci Berhad pun enggan memberi sebarang ulasan. Aku pun tak tahu apa yang terjadi sebenarnya... Tup tup aku tgk blog & FB dia da xde...

Anyway, aku rasa kerajaan perlu gubal semula undang2 komunikasi kerana penyelewengan identiti membolehkan insan tidak bersalah diheret ke mahkamah apa lagi mungkin ke tali gantung. Fikir2 kan sebelum melakukan sesuatu terhadap dunia siber ni. Itu nasihat aku kepada umum

Kepada yang masih blur2 tentang alkisah Safwan Husaini ni,
bolehlah melawat ke link berikut...

Big Liar

Pembongkaran Eksklusif Cinta

baca dgn komen sekali k~!!!! ;p

Erm... Ni lah tajuk diekk!! ;p

Hurm.. hari ni aku nak menulis jugak. Walaupun server sekolah ni down, aku tetap nak menulis, sebab aku nak menulis. Haha… Hari ni merupakan hari pertama aku bekerja di dalam bulan Ramadan. Sepanjang 10 hari cuti sekolah, aku hanya duduk di rumah, menyiapkan kerja yang tak siap2 sambil mengembangkan badan.. Takda la sgt sebab aku makan sekali je sehari. After 10. Masa berbuka aku makan kurma n air pun dah mencukupi. Semakin dewasa, aku merasakan puasaku hanyalah biasa, tidak terasa lapar dan tidak terasa dahaga seperti dahulu. Aku semakin matang dalam meniti hari2. Peristiwa yang berlaku di sekelilingku sering menyedarkan aku betapa beruntungnya menjadi aku.

Berbalik pada hari ini, aku memandu ke sekolahku seperti biasa setelah lama berehat di rumah terasa agak kekok juga di dalam kesesakan jalanraya. Aku teruskan saja pemanduan, pemandu KL, biasa la tu.. haha. Aku pun sama, sekejap je kekok. Dalam cilok punyer cilok tetiber siaran aku berubah.. hal ni disebabkan aku menggunakan modulator utk mendengar lagu2 di dalam thumbdrive aku. Tiba2 ada crossline dan aku tergelak mendengar lagu yg dipasang. U know lagu selamat hari raya aidilfitri mulia… hahaha by Sudirman.



Actually I dun like that song bcoz it sang like mengejek if u dgr betol2… adoyai gelak giler… Lagi satu yg aku gelak pasal kita ni baru je berpuasa untuk hari yg ke 11 dah bersemangat nak raya… rasa macam budak2 pulak.. n aku lak tgh pasang lagu..one step at a time pagi2 puasa ni…



Aku tak tahulah kenapa aku berasa seperti sgt ceria pada hari ni. Walaupun cikgu yg kat sebelah ni kata muka aku tgh bersedih.. keh2… nampak sgt aku ni pelakon… ;p yang peliknya bukan sorg dua yg cakap muka aku sedih.. pa la dirog neh… may b aku ngah sedih gak kot… dengan isu2 yg nanti2 la aku citer… hahahah… lagi pun aku kena siapkan kertas soalan upper 6 secara ad hoc ni… sebenarnya telah di inform awal, tapi mungkin berlaku miscommunication yg sebab jadi macam tu sekali.

Ada kelas la weyh nanti aku sambung lagi ek…

Yasmin Ahmad ::: Hilanglah Sebuah Bintang



PETALING JAYA 25 Julai - Pengarah filem terkenal, Yasmin Ahmad meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara (HPD) di sini hari ini akibat pendarahan dalam otak berpunca daripada penyakit strok.

Allahyarham Yasmin, 51, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.25 malam selepas dimasukkan ke HPD sejak kelmarin.

Yasmin koma selepas menjalani pembedahan membuang darah beku di kepala akibat serangan strok tersebut.

Menurut sahabat karib Allahyarham, Fatimah Abu Bakar, Yasmin menghembuskan nafas terakhir di sisi suami beliau, Tan Yew Leong serta adik-beradiknya.

Turut berada di sisi Allahyarham ialah Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood yang juga kawan baik Yasmin.

Jenazah Allahyarham Yasmin akan dikebumikan sebelum solat Zohor di tanah perkuburan yang akan ditentukan kemudian.

"Jenazah Allahyarham juga akan dibawa ke Masjid SS19 Subang Jaya untuk disembahyangkan serta memberi peluang kepada rakan-rakan yang mengenali Allahyarham untuk memberi penghormatan terakhir," kata Fatimah yang mewakili keluarga Allahyarham Yasmin kepada wartawan pada sidang akhbar di HPD lewat malam ini.

Khamis lalu, Allahyarham Yasmin dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Pakar Damansara selepas pengsan ketika membentangkan kertas kerja di TV3, Bandar Utama di sini.

Pengarah filem prolifik itu tidak sedar diri sejak itu.

Sumber : Utusan Malaysia Online

Under Construction

Will He Sleep Forever???

Photography by LonelyPierot.

Hari ni aku hantar 2 kucin aku gi jumper vet...
Husky and Blacky (artikel lama)
Niat asal nak neuter a.k.a kasi jek...
Tapi after health exam, Blacky(pic) je yg disahkan sihat.
Husky(pic) kena mkn antibiotik sbb suhu badan dia tinggi
mungkin infected by bacteria maser dier kene flea(apa itu flea?) dulu.
So, Blacky je la yg stay kat klinik utk nueter surgery...

Every surgery has their own risk.
Infections, bleedings etc...
including DEATH

Aku dh terdiam dah bila doc kater
ubat tidur utk surgery ni ada kebarangkalian utk menidurkan kucing tu selamanya
so, aku tekad jugak utk neuter kucin Blacky

Lately dia sgt manja...
aku takut je tu sbg sign awal dia akan pergi..
Tuhan kau kasihanilah hambamu itu..

Eksiden II

Hahha
ramai nak taw gak ape ceritanye aku skrg neh...
aku biasa je tak mengalami sebarang kecederaan pun
alhamdulillah...

hari Jumaat lepas,
aku gi la menziarahi keter aku kt Segambut tuh..
ni la keadaan keter aku tuh
masih lagi tak berubah coz blom dpt approval insurans lagi...
adess...


dan...
untuk makluman,
aku telah mereject job yg telah diberikan olah Kak Kay Maria...
sebab...
1) Aku takde transport
2) Aku kena uruskan hal insurans
3) Aku tak boleh fokus n taknak affect hasil kerja org lain

Takpe lah...
ade rezeki utk berlakon lagi alhamdulillah...
Korang
doa2kan la ye!

*wink* utk sumer...
;p

Aku Eksiden!!!

Yeye!
Itulah perasaan aku apabila dapat
tawaran berlakon drama
oleh Kay Maria.
Walaupun watak sampingan yang tak punya dialog,
tapi tak kesah la as this is my 1st step
to
the entertainment's main stream...

Punyer la suka punyer suker... tetibe...
streeetttt.. boom kebaboom!! haaha
aku eksiden!
adess



ha ni la pics yg aku senpat tangkap
seb bek sumer org terkawal dan
perjalanan aku mereport dan menyaman diri aku berjalan lancar

huhu
layanz....



NEW LIFE BEGINS

© Christina Avila Photography

Aku akan terus berjalan tanpa henti

Aku SINGLE???

Tunggulah single daripada akoo...

Sape TAK sempat tgk MAHSURI...

g la kat link ni...

FREE TICKET MAHSURI

Official Poster of Mahsuri

Wah semua orang berebut nak bukak entry ni kan???

Cheh korang... support la industri hiburan tempatan... ape da... rugi kalau tak tgk... huhu... dlm citer ni Vanida Imran akan bernyanyi sebab teater muzikal la katekan... so, sape peminat Kak Vee mai le dtg beramai2 ke IB.

Anyway 23 April ni merupakan PRESS PREVIEW Mahsuri di IB... Mai le tgk klau tak maloo.... huhu

Mahsuri di Facebook!


Moh le ramai2 add MAHSURI kat facebook..

hehehe...

Mahsuri... Mahsuri... Mahsuri...

Haha... Tu la dialog Wan Mahura si dalang pembunuhan Mahsuri... Tak boleh lebih2... copyright! huhu... nak taw kisah selanjutnye tengok la Mahsuri nanti arahan Fauziah Nawi. Will be on play 24-30 April 2009 di Istana Budaya.

Antara pelakon2 lain yang terlibat dalam pementasan ini termasuklah Vanidah Imran (Mahsuri), Arja Lee (Wan Darus), Datin Sabirah(Wan Mahura), Cico Harahap (Wan Aria), Wan Endah (Azizah Mahzan) dan beberapa pelakon yang lain (yang aku lupa nama dia... huhu).

Untuk makluman, dalam citer ni aku memegang watak Awang yg menaruh hati kepada Wan Endah (Azizah Mahzan) si dara tua yang berharap kepada Wan Aria adinda Wan Mahura. Berbelit2 jalan citer ni tapi kalau ditonton mudah difahami. Teater bangsawan ni berkonsepkan muzikal dangan lagu-lagu puitis, sinis, cemas dan mengerikan. Jadi rasakanlah sendiri aura buah tangan Fauziah Nawi ni k!

So korang datang la ye nanti kita jumpe di sana!!!! Gambar aku akan di upload kemudian... uhuhuhu ;p

Ke Mana Aku Pergi??

Arakian begitulah kisahnya pabila sang pendita bersabda.

Haha... Alhamdulillah, baru je 3 hari dapat result, aku dapat posting untuk menjadi seorang pendidik di sebuah sekolah swasta di Bangi.

TAPI, ape yg tak bestnyer after je signing the agreement, aku dapat call dari Seri Cempaka Cheras, which is one of the elite school in Malaysia and Chong Hwa Independent Highschool kat Setapak... Mesti payment lagi tinggi kan?

Tapi apa yang penting bagi aku adalah pengalaman mengajar selama setahun. Dari situ aku boleh demand utk my expexted salary. Korg doa2kan la supaya gaji aku cepat grow up skrg nih... huhuh...

Sorry la kepada kawan2 sebab dah jarang sgt online ni semenjak bergelar GURU... Ahaha... Penat sebab school ni integrated school, campuran silibus KBSR/KBSM dan JAIS. So balik keje dalam kul 4 paling cepat. Masuk kul 8am. Aku ngajar Sains, BM, BI and Kemahiran Hidup??? hahaha aku pun tak caye... ;p

Haha... Cute tak?? Manja2 sumer neh...

Pe yg best skolah ni kene speaking 24 jam. Kang cakap Melayu tak paham pulak. Kene explain dlm English. Student berabuk2 speaking siap slang American, Aussie n British of coz la kan... By the way doakan aku sukses selalu k!

Sebelum terlambat aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru utk korang semua. Semoga hari2 mendatang lebih baik dari yang sebelumnya k! ;p

38th Anniversary


Haha... mesti ramai yg terkejut kan?

Actually semalam 18 Disember 2008 merupakan tarikh ulangtahun perkahwinan mak n ayah aku.. Lama tu... Mak aku pun sekarang umur dah 60 tahun n bapak aku lak 62 tahun. Kira lama la gak bertahan kan... Biasa la kalau gaduh2... Asam garam rumahtangga. K la ni aku nak tunjuk mesej bapak aku kasik... Huhu...


cute kann?? haha


> k lah.. thanx visit me... komen2 la yek... ;p <




Bila Tunang Anda Gay

Apa korang nak buat?

Haha... baru2 ni ade la sorg kawan iman ni (perempuan) dah kemaruk sgt nak bercinta... Tup2 kantoi ngan iman yang laki die ni memang kompem gay.... Duhh... Ape iman nak wat ek? Kalau dah gay tu kompem la tak boleh berubah instinct tu kannn... Walau dah dapat p*** tu tetap nak k**** gak kann... Muahaha... Sudah la... As fren aku rasa serba salah lak... Dah la dia ni byk kali putus cinta... Kalau ensem laki die tu tak pe la jugak... hiks. Kalau korang, apa korang akan wat sbg kawan baik korg sendiri????

Plz... answer me.... or... u r da person whom i discuss? hahaha... jeng3x

UNDER CONSTRUCTION!!!

Aiyak...

so many errors lorrr... to be cont. when i free... huhu... got nap oredi

Guys, plz drop off ur blog address... I lost everything da... sowie k... Plz... plz... =)