Pics from the Set of MAHSURI

Semalam berakhirnya sebuah episod lagi dlm hidup aku. Pementasan Mahsuri tidak disambung hari pementasannya seperti yang diuar-uarkan.
Rasa?
Tak rasa apa2.
Haha tipulah. Sepanjang hari pementasan, aku telah memberikan segala yang terbaik dan termampu olehku, tidak seperti sepanjang masa latihan, aku masih mencari dan tercari. Memang tidak dinafikan, Mahsuri hasil buah tangan Fauziah Nawi dan Istana Budaya merupakan sebuah produksi ad hoc. Mana tidaknya masa latihan hanya 5 minggu sahaja. Apatah lagi yg diharapkan jika ditolak masa rehat dan masa bekerja bagi pelakon yang bekerja tetap seperti aku, mungkin hanya beberapa jam sahaja yang tersisa.

Yang paling aku ingat, kami off-script pada hari ke-8 latihan. Satu perkembangan yang aku rasa amat kagum ditambah pula dgn sesetengah pelakon yang telah arif dengan setiap susun atur ayat oleh setiap watak. Amat mengagumkan. Mungkin ini yg dinamakan professionalisme.
Aku masih lagi ingat setiap raut dan wajah di dalam produksi. Satu per satu melangkah pergi hampir 30 orang keseluruhannya yang melangkah. Mungkin kerana kurang populariti memandangkan mereka berasal dari sebuah pementasan popular ala broadway yang hanya menyanyi dan kurang ke-Melayuannya. Apatah yg dinilai? Berkarya atau berdansa? Berdansa atas nama populariti mungkin.
Penulis bersama gang ayam menyakat Cik Wan Endah(lakonan Azizah Mahzan) si andartu Langkawi
Aku teruskan perjuanganku atas nama anak seni. Aku cuba meluahkan dalam ada yang terpendam antara kerjaya dan professionalisme. Nyata mungkin bagi orang yang memahami. Aku masih ingat dengan jelas, insan yang tersadung dek mengejar populariti. Semuanya berasaskan niat, jika niat kita tidak suci dalam sekelip mata sahaja Tuhan tunjukkan, bukan di hadapan kita, tapi di pentas agung bersaksikan khalayak penonton. Syukur hatiku jujur dan suci dlm berkarya.
Semoga Allah terus merahmati perjuanganku...




FREE TICKET MAHSURI
Anyway 23 April ni merupakan PRESS PREVIEW Mahsuri di IB... Mai le tgk klau tak maloo.... huhu
Mahsuri... Mahsuri... Mahsuri...
Haha... Tu la dialog Wan Mahura si dalang pembunuhan Mahsuri... Tak boleh lebih2... copyright! huhu... nak taw kisah selanjutnye tengok la Mahsuri nanti arahan Fauziah Nawi. Will be on play 24-30 April 2009 di Istana Budaya.
Antara pelakon2 lain yang terlibat dalam pementasan ini termasuklah Vanidah Imran (Mahsuri), Arja Lee (Wan Darus), Datin Sabirah(Wan Mahura), Cico Harahap (Wan Aria), Wan Endah (Azizah Mahzan) dan beberapa pelakon yang lain (yang aku lupa nama dia... huhu).
Untuk makluman, dalam citer ni aku memegang watak Awang yg menaruh hati kepada Wan Endah (Azizah Mahzan) si dara tua yang berharap kepada Wan Aria adinda Wan Mahura. Berbelit2 jalan citer ni tapi kalau ditonton mudah difahami. Teater bangsawan ni berkonsepkan muzikal dangan lagu-lagu puitis, sinis, cemas dan mengerikan. Jadi rasakanlah sendiri aura buah tangan Fauziah Nawi ni k!
So korang datang la ye nanti kita jumpe di sana!!!! Gambar aku akan di upload kemudian... uhuhuhu ;p








