Anyway 23 April ni merupakan PRESS PREVIEW Mahsuri di IB... Mai le tgk klau tak maloo.... huhu
FREE TICKET MAHSURI
Anyway 23 April ni merupakan PRESS PREVIEW Mahsuri di IB... Mai le tgk klau tak maloo.... huhu
Mahsuri... Mahsuri... Mahsuri...
Haha... Tu la dialog Wan Mahura si dalang pembunuhan Mahsuri... Tak boleh lebih2... copyright! huhu... nak taw kisah selanjutnye tengok la Mahsuri nanti arahan Fauziah Nawi. Will be on play 24-30 April 2009 di Istana Budaya.
Antara pelakon2 lain yang terlibat dalam pementasan ini termasuklah Vanidah Imran (Mahsuri), Arja Lee (Wan Darus), Datin Sabirah(Wan Mahura), Cico Harahap (Wan Aria), Wan Endah (Azizah Mahzan) dan beberapa pelakon yang lain (yang aku lupa nama dia... huhu).
Untuk makluman, dalam citer ni aku memegang watak Awang yg menaruh hati kepada Wan Endah (Azizah Mahzan) si dara tua yang berharap kepada Wan Aria adinda Wan Mahura. Berbelit2 jalan citer ni tapi kalau ditonton mudah difahami. Teater bangsawan ni berkonsepkan muzikal dangan lagu-lagu puitis, sinis, cemas dan mengerikan. Jadi rasakanlah sendiri aura buah tangan Fauziah Nawi ni k!
So korang datang la ye nanti kita jumpe di sana!!!! Gambar aku akan di upload kemudian... uhuhuhu ;p
Tips Elak Trauma Kecewa
Perkara-perkara yg perlu kita buat tuk elakkan dr trauma akibat terlalu kecewa.
- Dalam keadaan yang amat kecewa itu. Kuatkan semangat anda. Pergi ke tempat yang ada ramai orang. Bagi setiap orang yang ada temui, tanya kan mereka. “Sudahkah anda menjelaskan cukai pendapatan anda?”
- Beli makanan banyak-banyak (sebaiknya makanan basah yang tidak tahan lama) jangan letakkan dalam fridge. Dari sehari ke sehari, perhatikan perubahan yang terdapat pada makanan tersebut. Rekod dalam buku nota anda sebarang perubahan yang berlaku seperti pergerakan ulat, kulat, spora dan sebagainya.
- Jika kita rindukan detik-detik waktu bergayut di telefon, dan kita terasa begitu sukar untuk melupakan tabiat lama kita itu. Cepat-cepat angkat telefon, dail sebarang nombor 103 Telekom Malaysia. Petugas-petugas Telekom Malaysia bersedia melayan sebarang pertanyaan anda. Sekiranya anda dimarahi. Bagitahu mereka yang anda baru dikecewakan dan memerlukan seseorang untuk anda luahkan perasaan anda.
- Sekiranya anda terasa terlalu rindu sehingga tidak dapat melelapkan mata. Bangun !!!! Berdiri dan buat senaman ringan sebanyak 8 kali setiap sesi. Kemudian pergi ke dapur, alih semua almari dan peralatan yang hampir dengan dinding. Perhatikan sebarang pergerakkan lipas dan semut. Ekori mereka. Mereka mungkin, perompak yang di kehendaki oleh polis. Anda telah membantu menangkap penjenayah !!!
- Anda rindu mendapat email dari si dia? Bukak account email baru yang dekat-dekat namanya macam email kekasih anda, dan compose email berbentuk cinta dan rindu. Hantarkan kepada email anda yang selalu anda gunakan untuk berhubung dengan dia. Taraaaaa!!! Checklah email anda yang asal itu. Anda pasti gembira mendapat email yang seolah-olah dari dia.
- Marah pada dia? Itu adalah normal! Ambik bantal peluk anda. Pakaikan bantal peluk anda seperti anda ingin kekasih anda bergaya. Letakkan di hujung katil. Apabila anda telah bersedia, hamburkan segala yang terbuku di hati anda. Luahkan segala-galanya. Tapi awas, jangan sampai ada berlaku penderaan pada bantal kekabu anda. Sebarang luka-luka dan lebam tidak di benarkan. Selepas anda rasa puas memarahi bantal tersebut. Bukakan pakaian dia, dan check sama ada berlaku sebarang pendarahan ataupun tekanan emosi pada bantal tersebut. Sekiranya tidak ada, peluk lah bantal tersebut dan tidur seperti biasa. Ulangi langkah tersebut sekiranya anda tidak berpuas hati dengan mainan dalaman anda.
- Bukak tv dan tontonilah cerita cerita aksi. Bayangkan kekasih anda itu adalah orang jahat dan anda hero dalam filem tersebut. Setiap kali ada adegan tembak-menembak, pastikan anda melakukan aksi yang sama di depan tv. Semestinya anda akan berasa satu kepuasan apabila cerita tersebut tamat dan penjahat itu mati di tangan anda.
- Jangan dengar lagu-lagu yang boleh mengingatkan anda kepada si dia. Anda masih di benarkan mendekati radio, tetapi putarkan lagu-lagu yang anda benci seperti keroncong, lagu-lagu melayu deli dan juga irama asli. Bayangkan anda sedang menyanyikan lagu tersebut di telinga si dia, dan pastinya si dia akan menyampah apabila mendengarnya. Serikan nyanyian anda dengan aksi-aksi dan memek muka yang menjelekkan menandakan anda begitu marah dengan sikap si dia yang mengecewakan anda.
- Tanam segala harta benda pemberian si dia. Kalau boleh poskan kesemuanya ke alamat rumah nenek anda untuk disimpan di sana . Berilah kebenaran untuk nenek anda menggunakan apa yang dia rasa perlu. Contohnya teddy bear, biarkan nenek anda tidur dengan teddy bear tersebut. Anda pasti merasa sayu melihat nenek anda gembira tidur berteman dan anda akan dapat melupakan si dia dengan pantas.
- Untuk jalan mudah menenangkan hati dan fikiran anda ketika anda dikecewakan oleh pasangan anda? Lakukan semua perkara yang anda lakukan dalam keadaan terbalik. Anda berjalan terbalik. Anda menekan pedal minyak kereta dengan kaki kiri. Anda tidur berdiri. Anda menyapu dalam keadaan terlentang dan sebagainya. Variasikan pergerakkan anda. Ingat, setiap aksi yang anda lakukan memerlukan anda untuk belajar gaya baru. Anda pasti seronok dengan perkara baru yang anda lakukan ini. Dan dengan mudah anda akan dapat melupakan si dia dalam sekelip mata sahaja.
Jangan Kau Bimbang Sayang...
Hahaha..
Konflik motivasi masa ni... dia call me more than 10 times. At that night I slept at a room which was given for me to rest. Maklumlah, as a theatre trainer mmg la penat sebab kena stay sampai larut malam. Mungkin dia bimbang aku tidur dengan orang lain. Haha. Tapi aku tahu apa yang aku buat dan aku tak memungkinkan diri aku untuk mengulanginya lagi. Cukuplah hanya sekali dan terakhir.
Aku mmg set alarm pukul 5.30am untuk balik rumah coz aku gi keje kul 7am. Then at that time memang tak sedar ada miskol n msg dari dia. So, bergolot la aku balik ke rumah. Takut gak entah apa yang jadik nanti. On the way balik aku dengar lagu ni kat radio. Layan lak pagi2 buta dengar lagu ni dengan situasi aku masa tu...
So... layankan Kau Yang Punya by Najwa & Malique
Malique - Kau Yang Punya (2008) - Malique Ibrahim
Jangan kau bimbang sayang
di mana ku berada
dengan siapa ku bersama
jangan bimbang
ku tetap
kau yang punya
Verse 1
Bertukar pandangan, senyum
bersalaman ke sekadar berkawan
dan bila cinta dah mula berputik
ah, tak tidur malam
angan-angan jadi pasangan
dah menjadi kenyataan
yang nyatanya, telah banyak kita harung
adakalanya rasa bebas, kadangkala terkurung
kita pernah berpisah dan kembali
berpisah dan kembali
kembali kerna pengorbananmu kuhargai
hilang separa masa bersama keluarga
teman-teman huru-hara tiada lagi, tata, bye bye
tiada lagi huhu haha
jadi sebagai gantinya lagu ni kau yang punya
yang kau nyanyikan, aku nyanyi juga
tak sempurna, tapi ku kan tetap coba
dan janji-janjimu kujanji juga, yup
kini kau dalam duniaku macam hip hop
Verse 2
Kerjaku memang kejam
punca matamu tak boleh kejam
bermalam, bukan berjam
dimana? dengan siapa kubersama?
berpeluh, bertenaga dengan mic ku berasmara
yang lihat masih menjerit, si genit masih mengenyit
bungkusan dilontar sepuluh digit masih terselit
nah, tidak teruja, mungkin sudah tua
tiada lagi show, kemudian after party
tiada lagi party, kemudian hotel lobi
yang lain masih berpesta
biarkan saja mereka, mereka masih muda
aku ditelefon kalau tak disisimu
dan kalau dengar suara, itu tv atau lagu
jangan bimbang tiada siapa bersamaku
dan jangan bimbang kalau tiada yang berlaku
nope
Verse 3
Satu fakta, dua penipuan
yang pertama kita ambil, dua buang
kenapa mengeluh?
dengar cerita lagi, dah jenuh berkali-kali
komplikasi dalam komunikasi jadi konfrontasi
mulut orang perosak reputasi, pembunuh motivasi
mereka pakar fabrikasi, modifikasi
di depan senyum, belakang dengki
yang cemburu mungkin teman kita sendiri
siapa tahu?
peduli, kita dah semuanya bersama
dah senang bersama, dah susah pun bersama
ketawa bersama, menangis bersama
kubersumpah harap kita mati pun bersama
ke akhirnya
Kuhanya punya kau
dan
hip hop
Outro
Kujuga bimbang sayang
di mana kau berada
dengan siapa kau bersama
jangan lupa
kau tetapku yang punya
My Cats Gallery
1) Ozzy
He is a cross breed of Bengal and Persian. He has been neutered.His age is 14 months with 4.5kg weight.
2) Husky
He has been adopted by us from the street. He has a sister, Blacky.He is grey in colour with stripes on his body.
His dad is Birman and his mom is domestic cat.
His age is around 3-4 months.
An active cat and has an attractive attitude.
3) Blacky
She is Husky's sister. An independent cat coz she can play by herself.She's a panic cat.
*************************************************************************










