Tips Elak Trauma Kecewa

Perkara-perkara yg perlu kita buat tuk elakkan dr trauma akibat terlalu kecewa.

  1. Dalam keadaan yang amat kecewa itu. Kuatkan semangat anda. Pergi ke tempat yang ada ramai orang. Bagi setiap orang yang ada temui, tanya kan mereka. “Sudahkah anda menjelaskan cukai pendapatan anda?
  2. Beli makanan banyak-banyak (sebaiknya makanan basah yang tidak tahan lama) jangan letakkan dalam fridge. Dari sehari ke sehari, perhatikan perubahan yang terdapat pada makanan tersebut. Rekod dalam buku nota anda sebarang perubahan yang berlaku seperti pergerakan ulat, kulat, spora dan sebagainya.
  3. Jika kita rindukan detik-detik waktu bergayut di telefon, dan kita terasa begitu sukar untuk melupakan tabiat lama kita itu. Cepat-cepat angkat telefon, dail sebarang nombor 103 Telekom Malaysia. Petugas-petugas Telekom Malaysia bersedia melayan sebarang pertanyaan anda. Sekiranya anda dimarahi. Bagitahu mereka yang anda baru dikecewakan dan memerlukan seseorang untuk anda luahkan perasaan anda.
  4. Sekiranya anda terasa terlalu rindu sehingga tidak dapat melelapkan mata. Bangun !!!! Berdiri dan buat senaman ringan sebanyak 8 kali setiap sesi. Kemudian pergi ke dapur, alih semua almari dan peralatan yang hampir dengan dinding. Perhatikan sebarang pergerakkan lipas dan semut. Ekori mereka. Mereka mungkin, perompak yang di kehendaki oleh polis. Anda telah membantu menangkap penjenayah !!!
  5. Anda rindu mendapat email dari si dia? Bukak account email baru yang dekat-dekat namanya macam email kekasih anda, dan compose email berbentuk cinta dan rindu. Hantarkan kepada email anda yang selalu anda gunakan untuk berhubung dengan dia. Taraaaaa!!! Checklah email anda yang asal itu. Anda pasti gembira mendapat email yang seolah-olah dari dia.
  6. Marah pada dia? Itu adalah normal! Ambik bantal peluk anda. Pakaikan bantal peluk anda seperti anda ingin kekasih anda bergaya. Letakkan di hujung katil. Apabila anda telah bersedia, hamburkan segala yang terbuku di hati anda. Luahkan segala-galanya. Tapi awas, jangan sampai ada berlaku penderaan pada bantal kekabu anda. Sebarang luka-luka dan lebam tidak di benarkan. Selepas anda rasa puas memarahi bantal tersebut. Bukakan pakaian dia, dan check sama ada berlaku sebarang pendarahan ataupun tekanan emosi pada bantal tersebut. Sekiranya tidak ada, peluk lah bantal tersebut dan tidur seperti biasa. Ulangi langkah tersebut sekiranya anda tidak berpuas hati dengan mainan dalaman anda.
  7. Bukak tv dan tontonilah cerita cerita aksi. Bayangkan kekasih anda itu adalah orang jahat dan anda hero dalam filem tersebut. Setiap kali ada adegan tembak-menembak, pastikan anda melakukan aksi yang sama di depan tv. Semestinya anda akan berasa satu kepuasan apabila cerita tersebut tamat dan penjahat itu mati di tangan anda.
  8. Jangan dengar lagu-lagu yang boleh mengingatkan anda kepada si dia. Anda masih di benarkan mendekati radio, tetapi putarkan lagu-lagu yang anda benci seperti keroncong, lagu-lagu melayu deli dan juga irama asli. Bayangkan anda sedang menyanyikan lagu tersebut di telinga si dia, dan pastinya si dia akan menyampah apabila mendengarnya. Serikan nyanyian anda dengan aksi-aksi dan memek muka yang menjelekkan menandakan anda begitu marah dengan sikap si dia yang mengecewakan anda.
  9. Tanam segala harta benda pemberian si dia. Kalau boleh poskan kesemuanya ke alamat rumah nenek anda untuk disimpan di sana . Berilah kebenaran untuk nenek anda menggunakan apa yang dia rasa perlu. Contohnya teddy bear, biarkan nenek anda tidur dengan teddy bear tersebut. Anda pasti merasa sayu melihat nenek anda gembira tidur berteman dan anda akan dapat melupakan si dia dengan pantas.
  10. Untuk jalan mudah menenangkan hati dan fikiran anda ketika anda dikecewakan oleh pasangan anda? Lakukan semua perkara yang anda lakukan dalam keadaan terbalik. Anda berjalan terbalik. Anda menekan pedal minyak kereta dengan kaki kiri. Anda tidur berdiri. Anda menyapu dalam keadaan terlentang dan sebagainya. Variasikan pergerakkan anda. Ingat, setiap aksi yang anda lakukan memerlukan anda untuk belajar gaya baru. Anda pasti seronok dengan perkara baru yang anda lakukan ini. Dan dengan mudah anda akan dapat melupakan si dia dalam sekelip mata sahaja.

0 comments: