KU MOHON...

Hidup ni banyak pasang surutnya.
Ada kala kita menangis kerana gembira.
Ada kala kita menangis kerana terharu.
Ada kala kita rasa hampir gugur jantung kerana tangisan.

Namun jangan dilupa.
Adakala airmata tidak keluar.
Terus menangis, merendam hati, menjeruk perasaan.
Hingga mati akal, mati jiwa tapi jangan sekali mati iman.
Lemas dalam airmata yang bertakung di dalam jiwa.
Terus tidak keluar tapi terus mengalir tanpa henti,
tiada siapa dapat melihatnya kecuali dgn mata hati sendiri.

Itu yg membunuh, meracun diri lebih hebat dari titisan air mata.


Oleh itu, aku nak share ngan korang lagu yang akan aku dengar bila jiwa aku luluh.

Dengarkan...

KU MOHON



Setiap hari ku
Mohon agar kau sentiasa
Memberi ku ketenangan
Dalam hati kekuatan
Menempuhi segala
Dugaan yang mencabar ini
Pasti,
Punya ertinya

Engkau beri ku harapan
Menjawab s'gala persoalan
Hadapi semua dalam tenang
Dengan merasa kesyukuran
Ku doa kau selalu
Mengawasi gerak-geri ku
Berkatilah...ku perlu rahmat darimu

0 comments: