Tidak dinafikan bahawa Telekom Malaysia (TM) merupakan syarikat telekomunikasi berwayar terunggul di negara ini. Jasa dan pengorbanan syarikat sokongan kerajaan ini menjadi begitu utuh dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Namun, searus dan sederas zaman teknologi serba canggih kini, TM perlu melakukan perubahan yang amat besar untuk terus maju dan tidak hanya bergantung kepada sokongan kerajaan semata-mata.
Pemerhatian penulis terhadap kos perbelanjaan TM masa kini terarah kepada pembaziran kewangan terhadap tanggungan yang tidak berimpak tinggi, tidak selaras dengan kehendak kerajaan untuk menghasilkan negara yang sentiasa menghasilkan pulangan berimpak tinggi. Sebagai contoh, TM sering mengiklankan produknya di papan iklan utama di Malaysia, iklan komersil di stesen televisyen, dan tidak ketinggalan, akhbar. Tidak dinafikan khidmat pengiklanan ini dapat melonjakkan pulangan modal yang besar kepada TM, tetapi tanggungan hadiah sepakan bola sepak FIFA contohnya bernilai sehingga jutaan ringgit. Alangkah baiknya jika wang yang sebanyak itu dibelanjakan untuk latihan kakitangan dan kecekapan pekerja TM supaya bertindak penuh professional, karisma dan kaliber.
Penulis mendapati bahawa TM tidak mempunyai sistem kecekapan dalam perkhidmatan, tidak mempunyai panggilan bebas tol, dan boleh dikatakan ketinggalan dari segi mutu khidmat pelanggan. Sebagai contoh, penulis telah dialihkan lebih daripada enam orang staf khidmat pelanggan TM dan mereka seolah-olah tidak tahu produk yang ingin mereka sampaikan.
Selain daripada itu, Bahagian Khidmat Pelanggan TM juga tidak mempunyai “link” atau hubungan dengan TM Point sedangkan mereka berada di bawah satu syarikat yang sama. Lebih mendukacitakan, TM juga didapati tidak dapat melakukan kerja mereka mengikut masa dan sering melengahkan tugasan mereka. Sebagai contoh, penulis mengambil masa sehingga sebulan untuk menunggu talian telefon dipasang dan sehingga kini lebih dari tiga minggu penulis masih lagi menunggu untuk modem Streamyx dipasang di rumah. Penulis berasa kesal kerana kos kelewatan pemasangan modem itu terpaksa ditanggung oleh penulis dan seolah-olah syarikat lepas tangan terhadap kelewatan pekerja mereka.
Oleh itu, diharapkan pihak kerajaan dapat mengambil langkah amaran kepada TM dan semoga TM dapat berubah sikap selaras dengan kemajuan yang ingin kita gapai pada tahun 2020.
Sekian sahaja dari penulis.
Assalamualaikum.