OBSESSED! :::: aku dan dia...


Sementara aku ada mood untuk bercerita ni aku rasa baik aku teruskan walaupun site aku sedang under construction... huhu... pembinaan tergendala dek kerja2 yang bertimbun di bahu dan benak fikiranku..

Entahlah, sejak akhir2 ni aku sering tersenyum... senyum sendirian memikirkan betapa untungnya aku menjadi miliknya. Semua ini selepas aku menonton cerita OBSESSED! Hehe... Cerita tersebut berkenaan dengan keretakan rumatangga yang sangat bahagia lakonan Idris Elba n Beyonce Knowles dgn anaknya yg comel... huu...



Beyonce straight hair on her husband's birthday

Beyonce curly hair

Idris Elba

Keretakan ni bermula apabila si suami mula merahsiakan apa yg berlaku pada dirinya di pejabat. Idris digoda oleh ofis gurl lakonan Ali Larter yg tak paham bahasa dan sgt obses terhadap diri Idris. Ali sering mencuri dengar perbualan Idris n Beyonce untuk mencungkil rahsia keluarga mereka. Selain dari itu, Ali sering menggoda Idris dengan pelbagai cara yang menjengkilkan. Hal ini sering membayangkan aku dengan apa yg terjadi pada aku, dia dan duniaku. Lebih parah lagi, Ali sudah berani masuk ke rumah mereka dan memegang anak mereka. Tengok la citer ni kompem tak rugi n memang sakit hati... hehe

OBSESSED OFFICIAL WEBSITE

Dari situ aku sering terngiang2 dialog Beyonce yg berbunyi, "Saya baru call mak saya dan mereka sedang menyambut ulangtahun ke-30 perkahwinan mereka. Kenapa tidak kita selamatkan rumahtangga kita dan menjadi seperti mereka." Setelah aku berfikir dan berfikir, aku rasa diri aku amat dihargai dan disayangi olehnya apabila dia berusaha keras untuk menyelamatkan hubungan kami yang dulu sudah berada di hujung tanduk.
Sayang dia pada aku rupanya... =)

1 comments:



Yantieazan said...

aku tgk cite ni kat umah..dvd player tu plak salah cable..tp still aku menghayati cite ni walaupun tgk cerita tak bersuara..kesian..haha