Pics from the Set of MAHSURI



Semalam berakhirnya sebuah episod lagi dlm hidup aku. Pementasan Mahsuri tidak disambung hari pementasannya seperti yang diuar-uarkan.

Rasa?

Tak rasa apa2.

Haha tipulah. Sepanjang hari pementasan, aku telah memberikan segala yang terbaik dan termampu olehku, tidak seperti sepanjang masa latihan, aku masih mencari dan tercari. Memang tidak dinafikan, Mahsuri hasil buah tangan Fauziah Nawi dan Istana Budaya merupakan sebuah produksi ad hoc. Mana tidaknya masa latihan hanya 5 minggu sahaja. Apatah lagi yg diharapkan jika ditolak masa rehat dan masa bekerja bagi pelakon yang bekerja tetap seperti aku, mungkin hanya beberapa jam sahaja yang tersisa.


Yang paling aku ingat, kami off-script pada hari ke-8 latihan. Satu perkembangan yang aku rasa amat kagum ditambah pula dgn sesetengah pelakon yang telah arif dengan setiap susun atur ayat oleh setiap watak. Amat mengagumkan. Mungkin ini yg dinamakan professionalisme.

Aku masih lagi ingat setiap raut dan wajah di dalam produksi. Satu per satu melangkah pergi hampir 30 orang keseluruhannya yang melangkah. Mungkin kerana kurang populariti memandangkan mereka berasal dari sebuah pementasan popular ala broadway yang hanya menyanyi dan kurang ke-Melayuannya. Apatah yg dinilai? Berkarya atau berdansa? Berdansa atas nama populariti mungkin.

Penulis bersama gang ayam menyakat Cik Wan Endah
(lakonan Azizah Mahzan) si andartu Langkawi


Aku teruskan perjuanganku atas nama anak seni. Aku cuba meluahkan dalam ada yang terpendam antara kerjaya dan professionalisme. Nyata mungkin bagi orang yang memahami. Aku masih ingat dengan jelas, insan yang tersadung dek mengejar populariti. Semuanya berasaskan niat, jika niat kita tidak suci dalam sekelip mata sahaja Tuhan tunjukkan, bukan di hadapan kita, tapi di pentas agung bersaksikan khalayak penonton. Syukur hatiku jujur dan suci dlm berkarya.

Semoga Allah terus merahmati perjuanganku...






1 comments:



Anonymous said...

tak dpt tgk...
erm...