Telekom Malaysia Tidak Professional

Tidak dinafikan bahawa Telekom Malaysia (TM) merupakan syarikat telekomunikasi berwayar terunggul di negara ini. Jasa dan pengorbanan syarikat sokongan kerajaan ini menjadi begitu utuh dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Namun, searus dan sederas zaman teknologi serba canggih kini, TM perlu melakukan perubahan yang amat besar untuk terus maju dan tidak hanya bergantung kepada sokongan kerajaan semata-mata.

Pemerhatian penulis terhadap kos perbelanjaan TM masa kini terarah kepada pembaziran kewangan terhadap tanggungan yang tidak berimpak tinggi, tidak selaras dengan kehendak kerajaan untuk menghasilkan negara yang sentiasa menghasilkan pulangan berimpak tinggi. Sebagai contoh, TM sering mengiklankan produknya di papan iklan utama di Malaysia, iklan komersil di stesen televisyen, dan tidak ketinggalan, akhbar. Tidak dinafikan khidmat pengiklanan ini dapat melonjakkan pulangan modal yang besar kepada TM, tetapi tanggungan hadiah sepakan bola sepak FIFA contohnya bernilai sehingga jutaan ringgit. Alangkah baiknya jika wang yang sebanyak itu dibelanjakan untuk latihan kakitangan dan kecekapan pekerja TM supaya bertindak penuh professional, karisma dan kaliber.

Penulis mendapati bahawa TM tidak mempunyai sistem kecekapan dalam perkhidmatan, tidak mempunyai panggilan bebas tol, dan boleh dikatakan ketinggalan dari segi mutu khidmat pelanggan. Sebagai contoh, penulis telah dialihkan lebih daripada enam orang staf khidmat pelanggan TM dan mereka seolah-olah tidak tahu produk yang ingin mereka sampaikan.

Selain daripada itu, Bahagian Khidmat Pelanggan TM juga tidak mempunyai “link” atau hubungan dengan TM Point sedangkan mereka berada di bawah satu syarikat yang sama. Lebih mendukacitakan, TM juga didapati tidak dapat melakukan kerja mereka mengikut masa dan sering melengahkan tugasan mereka. Sebagai contoh, penulis mengambil masa sehingga sebulan untuk menunggu talian telefon dipasang dan sehingga kini lebih dari tiga minggu penulis masih lagi menunggu untuk modem Streamyx dipasang di rumah. Penulis berasa kesal kerana kos kelewatan pemasangan modem itu terpaksa ditanggung oleh penulis dan seolah-olah syarikat lepas tangan terhadap kelewatan pekerja mereka.

Oleh itu, diharapkan pihak kerajaan dapat mengambil langkah amaran kepada TM dan semoga TM dapat berubah sikap selaras dengan kemajuan yang ingin kita gapai pada tahun 2020.
Sekian sahaja dari penulis.
Assalamualaikum.

Siapa Kenal Safwan Husaini???

Dah lama gak aku tak menulis. Tapi entry yg aku baca di laman sesawang yg terbentang luas memang tidak mengejutkan, malah aku bangga dgn kata2 yg telah dimuntahkan olehnya,
Safwan Husaini Abd Ghafur.


Aku ni adalah antara org terawal yg kenal dia di Myspace dulu... bulan April 2009 tak silap aku. Aku akui aku terlanjur mengenalinya sehinggalah dia buat blog seusia dgn blog aku ni dan blog tu masih lagi wujud.

http://extremindability.blogspot.com/

Masa tu dia mungkin baru berjinak2 dengan dunia penyamaran. Kerana dikatakan bahawa Skatype adalah kawan rapatnya yg mengajarnya selok belok bergambar. Ini adalah bukti bahawa Skatype & Safwan Husaini pernah berada di lokasi yang sama.


Lebih kurang seminggu sejurus blog itu dibuka. Inilah dia pembongkaran identiti Skatype @ Dome Clone

Fotomedia

Ironiknya, kedua-dua identiti ini dikatakan "mati" apabila sebilangan orang yang terasa ditipu dan tertipu semakin berkumulatif. Dan kedua-dua watak rekaan di atas mengambil jurusan Perubatan di luar negara. Yang nyatanya, penulis juga tertipu dengan rekaan watak tersebut akibat lakon layar yang begitu realistik, masakan Aznil juga boleh tertipu?? Penulis bukan sahaja chat bersama malah telefon dan berbincang pelbagai isu yang menyebabkan watak tersebut begitu realis sekali.

Tak terduga la pulak sampai Era boleh call watak ni.. Tapi xpe... aku taw dia tengah baca coretan aku ni.. Anda tahu siapa diri anda, mengapa perlu jadi insan lain dan menafikan kewujudan ahli keluarga yang lain?? Setelah aku baca semua pembohongan, patut la dia tak pernah nak skype, webcam n vid call dgn aku.. Ade je alasan diek.. Tak terfikir pulak aku... Hak2 aku pown jadi mangsa dia neh~

Tapi kalau nak ikutkan mmg la agak retorik n dramatik kisah hidup dia ni. Bila dia kata dia kat UK pun aku da mcm tak caye... Mula2 kata nak study art kat MMU, pastu tak jadik, g UK, pastu nak masuk med skool, mcm2 la tapi semua kejap2 je mcm dlm 2 bulan... Ape kebendanya tu~ aku tak kisah lagi la masa tu, mungkin dia mmg btol2 anak org kaya. Tinggal kat Hartamas le katakan... Padahal aku selalu je lepak sana, bila aku ajak lepak sekali alasannya xde transport la, umi keluar la dan macam2 lagi.

Hurm...
yg best, dia tak buat perancangan teliti utk membohong, ada orrg kata adik dia mati kena kanser, tapi dia bitaw aku adik dia mati sebab jatuh tangga???? keheheheheh

hurm...
apa pun dia pernah hadir dalam hidup aku biar pun tak jumpa tapi watak rekaannya sangat realistik sehingga menyebabkan hubungan aku dgn pasangan aku mmg hampir2 terputus~! Tapi xpe... itulah yg menyebabkan aku semakin memahami pasangan aku. Nasib baik la wey tak terbagi Blackberry n sewa hotel kat Bagan Lalang dulu... Fuhh~ Apa alasan dia ek?? Tak ingat... mungkin dia ramai sgt nak layan org so mcm flee je la... hinggap mana sempat.

Sepupu dia, setahu aku namanya Koci Berhad pun enggan memberi sebarang ulasan. Aku pun tak tahu apa yang terjadi sebenarnya... Tup tup aku tgk blog & FB dia da xde...

Anyway, aku rasa kerajaan perlu gubal semula undang2 komunikasi kerana penyelewengan identiti membolehkan insan tidak bersalah diheret ke mahkamah apa lagi mungkin ke tali gantung. Fikir2 kan sebelum melakukan sesuatu terhadap dunia siber ni. Itu nasihat aku kepada umum

Kepada yang masih blur2 tentang alkisah Safwan Husaini ni,
bolehlah melawat ke link berikut...

Big Liar

Pembongkaran Eksklusif Cinta

baca dgn komen sekali k~!!!! ;p